Rabu, 1 Oktober 2014

Tips - Kesalahan Ketika Bersihkan Wajah

Assalamualaikum...
 
Sory ye lama dh x update blog. Banyak keje time final sem ni. Keje pun blom siap2 lg. Entri kali ni berkaitan dengan penjagaan kulit muka. Bukan untuk wanita je, tapi untuk lelaki jugak. Lebih sesuai kepada sapa2 yang suka cuci muka selalu. Orang cakap kena slalu cuci muka agar muka nampak bersih berseri lh apa semua. Tapi kalau terlalu kerap, ada keburukan jugak. Ada beberapa kesalahan ketika cuci muka ni.
 
Salah satu kesalahannya ialah salah pilih produk. Ada sesetengah orang tu bila pakai pembersih muka, muka diorang merah2, kadang2 rasa gatal lh. Masalah ny bukan korang tak boleh pakai pembersih muka, tetapi salah pilih produk. Pastikan pembersih muka yg dipilih tidak mengurangkan kelembapan semula jadi muka korang.
 
Kesalahan yg lain pula ialah terlalu kerap membersih muka dalam sehari. Kalau sekali dua takpe lg. Jangan sampai 5 6 kali cuci muka tu. Kat muka kita ni ada minyak semulajadi yg baik untuk kulit kita. So kalau selalu cuci muka, nanti minyak tu jarang bertindak untuk kebaikan kulit muka kita.
 
 
 
Suhu air pula kena jaga jugak. ada orang cakap kalau pakai air panas, liang pada kulit akan terbuka dan yg sejuk pula akan tutup liang. Masalah nya, liang ni x berotot nak buka tutup tu semua. Air panas ni kadang2 orang cakap selesa sikit kat muka, tp kesan ny nanti akan membuat kulit korang kering. lebih baik guna air suam je.
 
Skrub wajah pula boleh digunakan tetapi jangan kerap. Sebab skrub ni tujuannya nak menanggalkan sel kulit yg mati kat muka tu. Kalau selalu pakai, nanti dengan kulit2 yg sihat dia tanggalkan nanti baru tau. 2 atau 3 kali seminggu dh cukup.
 
Ni Jarang berlaku sikit. Iaitu tidak bersihkan betul2. Tapi kalau ada orang yg jenis yg selalu rushing, memang selalu lh. Kalau dh pakai pembersih muka tu, basuh sepenuhnya. Nanti kesannya boleh menyebabkan pori tersumbat. Selalu terjadi kat bawah rahang, garis rambut, dan hidung. Kalau boleh bersihkan sepenuh nya.
 
Cuba elakkan bahan yg mengandungi bahan kimia. Bahan2 macam ni boleh menyebabkan iritasi pada kulit lebih2 lagi kulit yg sensitif. Sebelum beli tu cuba baca label dulu. Jangan main rembat je kat kedai. Nanti rugi duit korang.
 
Pedapkan muka setelah basuh. Jangan gosok muka dengan tuala. Memang selesa kalau pakai tuala, tetapi kesannya akan membuatkan tahap elastik kat kulit akan menurun. Lebih senang nak faham ialah kulit muka korang akan jadi kendur.
 
Kalau ada produk serum ke, atau mana2 produk rawatan wajah, pakai selepas korang bersihkan wajah. Jangan tunggu kering dulu baru pakai serum apa tu semua. Nanti kesan serum tu semua lambat nak serap ke dalam kulit muka korang.
 
Jangan guna produk yg tak dikenali. Pakai yg selalu orang lain pakai atau yg selalu di iklankan kat tv ke, mana2 lh. Nanti kalau pakai produk yg x dikenali, takut kesan buruk plak yg terjadi kat muka korang. Nak komplen pun x guna jugak.
 
Kalau nak menanggalkan kotoran cara yg berkesan, guna produk yg berasaskan minyak. Tp jangan korang pergi cuci muka korang guna minyak masak plak. Cari produk yg berasaskan minyan yg ada campuran bahan tumbuh-tumbuhan seperti aprikot, bunga matahari, biji anggur dan lain2.
 
Ok, setakat ni saja tips yg saya nak kongsi dengan korang. Kalau ada apa2 pertanyaan, sila tinggalkan komen anda dibawah. Jangan lupa follow ye...
 
Assalamualaikum...
 http://sainiseli.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...