Dalam kebaikan minyak yang ada, terselit juga kemudaratan seandainya digunakan dalam kuantiti yang banyak. Kebaikannya ialah minyak dapat menyalurkan sumber tenaga dengan cara paling mudah. Minyak juga memiliki komponen yang akan membantu penyerapan vitamin seperti DHA, AHA, dab beberapa vitamin lain yang amat penting untuk fungsi otak dan sel membran.
 
 
Keburukannya pula ialah minyak menyumbang kepada beberapa masalah utama seperti jantung dan obesiti. Namun anda boleh menjaga kesihatan dengan ketahui beberapa panduan penggunaan minyak masak. 
 
 
  • Elakkan menggunakan minyak yang sudah rosak.
  • Jangan biarkan sisa makanan dalam takungan minyak. Ia akan mereput dan mempercepatkan perubahan struktur molekul minyak. 
  • Minyak yang dihasilkan daripada sumber sihat juga boleh menjadi sebaliknya sekiranya dipanaskan pada suhu yang salah.
  • Seelok-eloknya gunakan minyak baru untuk menggoreng.
  • Semakin lama minyak digunakan semakin likat struktur minyak itu.
  • Gunakan kuali yang tidak melekat bagi menjimatkan minyak.
  • Jangan biarkan api menyala lama untuk memanaskan kuali, sebaliknya cepat-cepat masukkan bahan
mingguanwanita