Khamis, 27 Februari 2014

Info - Hospital Pertama Dunia Dibina Oleh Umat Islam?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Boleh kata setiap negara mempunyai hospital untuk merawat pesakit. Di Malaysia sahaja boleh dikatakan setiap daerah memiliki hospital sendiri. Namun pernahkah kita tahu bahawa umat Islam sendiri adalah pencipta pertama hospital di dunia? Jom baca sejarahnya!
 

Muslim make the 1st hospital

Hospital pertama di dunia telah didirikan oleh orang Islam dan dinamakan sebagai Bimaristan. Sarjana perubatan Islam Parsi merupakan pelopor dalam pembinaan hospital ini. Malah, nama hospital berkenaan juga diambil sempena perkataan Parsi.



Sebelum ini, pengamal perubatan tidak mempunyai tempat khusus untuk merawat pesakit.

Namun, pembukaan Bimaristan merupakan kemuncak pengembangan ilmu perubatan di dunia dan puncak ketamadunan ilmu sarjana timur zaman pertengahan.

Beberapa tahun selepas penubuhannya, Bimaristan telah menjadi sebuah universiti yang melahirkan ramai pengamal perubatan.

Rahsia ilmu perubatan ini kemudiannya terbongkar sewaktu Perang Salib kedua sekitar tahun 1254-1260.

Ketika itu, Raja Louis IX melihat kehebatan orang Islam merawat dan menyembuhkan penyakit termasuklah ilmu pembedahan dan penyembuhan luka.

Keadaan itu membuatkan Raja Louis IX terfikir tentang sesuatu. Dia tahu, walau sebesar mana pun angkatan perang salib, mereka tidak mungkin akan menang.

Sewaktu dalam perjalanan pulang daripada peperangan ini, Raja Louis IX berkata, “Kita tidak boleh mengalahkan mereka dalam peperangan selagi kita tidak menjadikan mereka (umat Islam) lupa terhadap sejarah kehebatan mereka sendiri”.

Lalu bertanya seorang pembesar Perancis kepada Raja Louis IX, bagaimana untuk menjadikan orang Islam lupa kepada sejarah kehebatan mereka (orang Islam), sedangkan mereka (tentera salib) sendiri pun tidak tahu apa-apa mengenai ilmu yang dimiliki orang Islam.

Lalu Raja Louis IX berkata, kitalah yang harus menulis sejarah untuk mereka.

Setibanya di Perancis, Raja Louis IX telah mengarahkan sebuah hospital dibina di Paris. Hospital ini dinamakan Les Quinze-Vingts.

Dipercayai, inilah permulaan kepada New World Order (NWO) di dunia.

Zaman kebangkitan Eropah sebenarnya adalah rancangan penulisan semula sejarah untuk dipercayai oleh orang-orang Islam supaya mereka lupa tentang kehebatan diri mereka sendiri


http://www.sentiasapanas.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...