Wahai Kawan-kawan ku semua, Islam sangat menganjurkan umatnya mempunyai adab dan akhlak yang baik atau mempunyai akhlak yang mahmudah (terpuji). Adab dan akhlak yang baik ini adalah sebahagian dari dakwah Islamiah untuk menarik minat non muslim kepada Islam.
Rasulullah
SAW mempunyai adab dan akhlak yang baik dan menjadi contoh kepada umat
manusia sehinggakan ramai dikalangan penduduk Mekah tertarik kepada
sikap, sifat, adab dan akhlak baginda. contoh akhlak Rasulullah ialah
yang diceritakan oleh Siti Aisyah :
Setelah
Baginda wafat, ketika itu bising di Kota Madinah dengan tangisan umat
Islam di atas kehilangan Kekasih umat. Kesan yang paling besar ialah
para sahabat Baginda kerana mereka lebih dekat dengan Baginda. Kalau
mereka diminta menjelaskan seluruh akhlak Baginda maka akan berlinanglah
air mata dan tidak dapat menceritakannya.
Beberapa waktu kemudian,
seorang Arab Badwi menemui Omar dan meminta supaya Omar menceritakan
bagaimana akhlak Baginda. Omar menangis dan tidak berkata apa-apa, Omar
menyuruh Arab Badwi itu berjumpa dengan Saidina Bilal. Setelah Arab
Badwi itu berjumpa Saidina Bilal dan mengajukan soalan yang sama.
Saidina Bilal menangis pula dan tidak berkata apa dan Saidina Bilal
menyuruh Arab Badwi itu berjumpa Saidina Ali bin Abi Talib.
Arab Badwi
itu pergi berjumpa dengan saidina Ali dan mengajukan soalan yang sama.
Saidina Ali menangis dan bertanya kepada Arab Badwi ceritakan kepada aku
tentang keindahan dunia ini. Arab Badwi itu menjawab tak mungkin aku
dapat ceritakan keindahan dunia ini. Maka saidina Ali menjawab Engkau
tak sanggup menceritakan keindahan dunia inipadahal Allah telah
berfirman bahwa sungguh kecil dunia ini dan hanya senda gurau sahaja.
Bagaimana aku nak ceritakan akhlak Baginda sesungguhnya Allah berfirman
Muhammad mempunyai akhlak yang agong. (Surah Al-Qalam :4). Arab Badwi
itu tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan lalu ia bertanya
Saidatina Aisyah isteri Baginda dengan soalan yang sama. Saidatina
Aisyah menjawab Khuluquhu Al-Quran (Akhlak Baginda seperti Al-Quran).
Dari
kisah yang di ceritakan di atas ini, menandakan bahwa Islam mengajukan
kepada umatnya supaya mempunyai akhlak yang baik dan menjadi contoh
kepada umat manusia yang lain. menjaga adab dan akhlak inilah lebih
berkesan untuk kita menarik minat orang bukan Islam terhadap Islam.
http://scaniaz.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan