Bahan-Bahan Resepi Nasi Lobak Merah:
=2 pot beras basmathi – guna beras biasa pun boleh
=2 biji lobak merah – di parut
=1 biji tomato – potong dadu
=2 ulas bawang merah – hiris halus/tumbuk lumat
=2 ulas bawang putih – tumbuk lumat
=1cm halia – tumbuk lumat
=1 sudu besar mentega
=1 sudu besar minyak sapi
=1 helai daun pandan
=air – secukup kegunaan utk msk nasi
=rempah 4 sekawan
=kiub/serbuk pati ayam – secukup rasa
Cara Membuat Resepi Nasi Lobak Merah :
1) cuci beras.tos dan ketepikan.
2) panaskan mentega dan minyak sapi,tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau.kemudian,masukkan rempah 4) sekawan dan tomato.
3) masukkan beras dan gaul sebati.tambahkan air dan perasakan secukupnya dengan pati ayam.masukkan daun pandan.
4) masak nasi dalam rice cooker seperti biasa.bila air nasi dah mula kering,masukkan lobak merah yang telah diparut(tak perlu gaul nasi-masukkan lobak merah begitu sahaja.)
5) bila nasi dah masak,gaul dengan chopstick atau garpu.
6) sedia untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan