Jepun merupakan kuasa tentera yang paling
digeruni di Asia. Tentera bermata sepet dan hanya mempunyai purata
ketinggian 165cm ini telah menawan hampir kesemua rantau Asia Timur
menjelang 1944. Tentera Jepun diasaskan semasa pemulihan yang dilakukan
oleh Maharaja Meiji. Modernisasi ketenteraan yang dilakukan oleh beliau
telah memberi impak yang cukup besar kepada negara yang sering digelar
‘Negara Matahari Terbit’ ini. Jepun mula menjadi negara industri dan
mempunyai teknologi sendiri. Mereka mula membina peralatan dan alatan
mereka dengan jenama mereka sendiri.
Pada masa itu, lahirlah beberapa
nama besar industri berat seperti Mitsubishi, Daihatsu dan banyak lagi.
Tentera mereka juga tidak terkecuali daripada modernisasi yang dilakukan
oleh Meiji. Dengan menerapkan semangat Samurai dalam diri, tentera
Jepun terkenal sebagai tentera yang bergitu berdisiplin dan bersemangat
kental. Dengan kekuatan lebih sejuta tentera di seluruh Jepun, Jepun
telah menakluk Asia dengan moto “Asia untuk orang Asia’.
Tentera Jepun dalam satu aksi semasa Perang Dunia Kedua.
Seorang tentera Jepun yang memandu Bot buatan Daihatsu
Seorang pemain violin berborak dengan tentera Jepun semasa mereka menawan Nanking.
Tentera Jepun semasa mendarat di Pasir Sabak, Kota Bharu.
Kereta Kebal type 89 semasa mereka menawan China pada 1938.
Tentera Jepun di sebalik awan mendung di China pada 1938
Left.
Colonel Hatsuo Tsukamoto mengelapai anak-anak buahnya menyerang desa
Kokoda dan pengkalan tentera udara musuh di New Guinea.
Tentera Jepun menggunakan Type 97 81 mm mortar semasa berlatih di Buna Gona pada 1942.
Tentera Jepun daripada 1st Infantry Division mengawal pos sempadan di Manchuria pada 1937.
tak usah risau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan