1. Sudah tidak ada passion dalam
bekerja
Anda mesti rasa sengsara jika terpaksa bangun
pagi setiap hari ke pejabat dan perlu lakukan kerja-kerja yang anda tidak suka.
Perasaan bosan di mana apabila bekerja anda lakukan ala kadar sahaja. Untuk
berjaya dalam kerjaya, anda perlu ada perasaan ‘seronok’ dan semangat untuk
melakukan yang terbaik, barulah dapat naik pangkat dan gaji.
2. Masalah kewangan syarikat
Jangan cari masalah dengan pilih untuk setia
dengan syarikat yang asyik melengah-lengahkan bayaran gaji anda. Anda ada
pelbagai bil untuk dibayar jadi masalah kewangan syarikat adalah masalah
kewangan anda juga.
3. Tidak suka dengan rakan sekerja/bos
Perkara ini sebenarnya biasa berlaku dalam
mana-mana syarikat. Anda perlu cuba atasi perkara ini terlebih dahulu Namun
jika ianya melampau dan melarat, dan anda tidak nampak sebarang penyelesaian
lain, rasanya eloklah anda angkat kaki dari situ.
4. Rasa tertekan dan negatif yang
konsisten
Tekanan di tempat kerja sebenarnya merupakan
perkara biasa. Namun jika ia sampai menjejaskan fikiran, ketenangan dan
kehidupan anda, ada baiknya anda cari pekerjaan baru. Tekanan di tempat kerja
sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan anda secara fizikal atau mental malah
lebih teruk lagi jika kedua-duanya sekali.
5. Tidak serasi dengan budaya syarikat /
sudah hilang kepercayaan dengan syarikat
Mungkin ada etika atau polisi syarikat yang
anda rasa salah tetapi anda ‘paksa’ diri mematuhinya demi memenuhi kehendak
kerja. Misalnya jika syarikat anda jenis yang mengamalkan rasuah untuk
mendapatkan kontrak ataupun anda perlu menemani klien ke tempat-tempat hiburan
walhal anda bukan orang yang selesa dengan persekitaran begitu.
6. Kerja sehingga hilang keseimbangan
hidup
Anda perlu pertimbangkan untuk mula mencari
kerja baru jika kebanyakan masa anda dihabiskan untuk bekerja sehingga tidak
ada masa untuk diluangkan bersama keluarga.
7. Tidak ada peluang untuk menonjolkan bakat
atau kebolehan anda
Adakah pihak pengurusan masih tidak ‘nampak’
kebolehan anda walaupun anda telah berusaha bersungguh-sungguh? Semua cadangan
anda tidak pernah diterima pakai dan anda juga tidak dapat kenaikan pangkat
walaupun sudah bertahun-tahun memberi sumbangan? Jangan buang masa anda dan
pergilah tempat yang boleh memberikan anda peluang-peluang tersebut.
8. Kerja makin bertambah tapi gaji tetap sama
Ini juga salah satu tanda anda perlu mencari
pekerjaan baru. Terutama sekali jika anda dapati prestasi syarikat makin maju
dan stabil tetapi tidak ada sebarang ganjaran yang diberikan kepada
pekerja-pekerja. Tidak ada untungnya biarkan diri anda ‘diperah’ ,dibuli dan
dipergunakan oleh majikan.
Sumber : Blog Penpatah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan