1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki
yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman
lama anda atau dia.
2. Membenci ibunya? Cukup dengan
menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita
soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya.
Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.
3. Jangan menceritakan hal kecurangan
yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan
kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita
kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.
4. Seiring dengan bertambahnya usia,
`keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba
membandingkan hal itu dengan masa lalu.
5. Jangan juga menceritakan bahawa
sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga
akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun
dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.
6. Jangan membuatnya patah semangat
terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang
bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari
penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup
sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan
sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.
7. Bercerai adalah perkataan yang
paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika
anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu
jauh-jauh.
8. Jika anda mempunyai pendapatan yang
lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi
menjadikan ia sebagai punca masalah.
9. Ghairah hidup anda tiba-tiba
meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman
yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada
pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa
melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan
hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.
http://pakarcinta.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan