NASI JAGUNG
Olahan : UDA
Mudah disediakan dan sedap Cubalah hari ini kat rumah.......... sedap itu kata anak-anak. lagipun bahan yang digunakan tidak renyah dan mudah untuk masak
Bahannya:
2 cawan berasbasmathi ~ rendam sekejap
6 cawan air rebusan daging ~ guna kiub boleh juga
1/4 cawan susu cair
1sb rempah biryani ~ gaul dgn sedikit air
1 cawan jagung manis dlm tin ~ buang airnya
1 btng serai ~ dititik
2 helai daun pandan ~ disiat2
1 biji tomato didadu
2 sb margerin
1sb minyak jagung ~ minyak masak biasa pun boleh
garam secukupnya
Bahan yg dihiris:
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 in halia
Caranya:
1. Beras yg direndam, toskan dan masuk beras dan tomato dlm rice cooker, ketepikan dulu.
2. Panaskan margerin dan minyak jagung. Masukkan serai dan daun pandan,
dah wangi, masukkan pula bahan yg dihiris. Goreng hingga perang dan
wangi.
3. Masukkan rempah biryani, air rebusan daging, susu cair dan garam.
Biar hingga mendidih. Masukkan dalam rice cooker tadi dan masak nasi
macam biasa. Bila nasi dah kering, baru masukkan jagung.Tunggu hingga
'keep warm' baru kacau perlahan dan gemburkan nasi tu supaya nasi
berderai.
bilaudamenulis.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan