Wildlife overpasses, green bridges dan ecoducts,
semua merujuk kepada struktur yang dibina samada di atas atau bawah
jalan raya untuk membolehkan hidupan liar menyeberang jalan dengan
selamat. Kebanyakan struktur adalah di antara 10 m (30 kaki) dan 60 m
(180 kaki) lebar. Biasanya, ia dilengkapi dengan tanah dan
tumbuh-tumbuhan untuk menyediakan habitat yang sesuai untuk pelbagai
spesies haiwan. Berikut beberapa gambar lintasan hidupan liar yang paling indah dan menarik di dunia.
 |
Taman Negara Banff, Alberta, Kanada. |
Di Taman Negara Banff, Alberta, Kanada, kini terdapat 41 struktur lintasan hidupan liar - 6 overpasses (laluan atas) dan 35 underpasses (laluan bawah) bagi membantu hidupan liar melintasi Lebuhraya Trans-Kanada dengan selamat.
Sejak pemantauan bermula pada tahun 1996, 11 spesies mamalia besar
termasuk beruang, rusa dan kucing besar telah menggunakan struktur yang
dibina lebih daripada 200,000 kali.
 |
Taman Negara Banff, Alberta, Kanada. |
Struktur sebegini dibina
untuk mengurangkan bilangan kemalangan kenderaan yang melibatkan haiwan
dan untuk mengurangkan kematian hidupan liar.
 |
Ecoduct di Perancis. |
 |
Jambatan hijau di Grevesmühlen, Jerman. |
 |
Jambatan hijau di Boeblingen, Jerman. |
 |
Ecoduct di Belanda. |
Belanda merupakan salah satu negara pertama yang memperkenalkan binaan khusus untuk hidupan liar melintas.
 |
Ecoduct De Woeste Hoeve, Belanda. |
Ecoduct De Woeste Hoeve
merintangi sebuah lebuh raya. Belanda mempunyai lebih daripada 600
lintasan hidupan liar yang dibina untuk melindungi populasi babi hutan,
rusa merah, kijang dan badger Eropah yang terancam.
 |
Ecoduct (jambatan hidupan liar) di Veluwe, Belanda. |
 |
Ecoduct The Borkeld, Belanda. |
 |
'Jambatan haiwan' di Montana, Amerika Syarikat. |
 |
Lintasan hidupan liar berhampiran Tasik Keechelus, Washington, Amerika Syarikat. |
 |
Lintasan hidupan liar berhampiran Hutan Karawatha, Queensland, Australia. |
 |
Taman Negara Pulau Krismas, Australia. |
Laluan atas luar biasa yang disediakan untuk ketam merah
meyeberangi jalan di Pulau Krismas. Tiba musim membiak, ketam merah
dewasa akan berhijrah beramai-ramai dari hutan ke kawasan pantai. Sila
baca Penghijrahan Tahunan Ketam Merah Di Pulau Krismas. Serius banyak!
Gambar-gambar di bawah pula tidak dapat dipastikan lokasi binaannya. Papepun, still menarik!
 |
#JustForFun kongsakongsi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan