Setelah menjadi seorang Muslimah,
Ruqaiyyah tidak menghentikan aktiviti menulisnya, namun ia menulis
khusus buku-buku keislaman. Sekarang ia telah menulis lebih
daripada empat puluh buku mengenai pelbagai aspek agama, menumpukan pada
indahnya menganut Islam dan pedoman bagi para muallaf.
Banyak daripada buku yang ditulisnya
diterbitkan oleh Goodword Press dari New Delhi, termasuk Living Islam,
The Muslim Prayer Encyclopedia dan buku-buku perundingan bagi remaja.
Beliau pernah diundang oleh Hodder
Headlines untuk menulis buku Islam dalam bab World Faiths dalam siri
buku popular di seluruh dunia, Teach Yourself .
Ruqaiyyah adalah di antara Muslim Inggeris pertama yang menerima penghargaan Muslim News Awards for Excellence pada tahun 2001, dan Muhammad Iqbal Award untuk Kreativiti dalam pemikiran Islam.
Walaupun begitu, kehidupan perkahwinan
wanita kelahiran tahun 1942 ini tidak berpanjangan. Beliau berkahwin
dengan penyair George Morris Kendrick pada tahun 1964 dan mempunyai dua
orang anak.
Perkahwinan mereka berakhir selepas suaminya berpindah menganut agama Scientologis tahun 1986.
Pada tahun 1990 pula, beliau berkahwin dengan seorang lelaki kelahiran
Pakistan, Waris Maqsood Ali. Namun sembilan tahun kemudian mereka
bercerai.
Menurut Ruqaiyyah, tidak ada yang lebih mudah daripada kembali menjadi Muslim.
“Itu adalah saat-saat ketika kita
menyedari dengan sungguh-sungguh bahawa Allah itu memang ada, dan
seorang lelaki kelahiran Arab bernama Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam adalah utusan-Nya.
“Kemudian kita bersyahadah. Ini langkah pertama kita menjadi Muslim. Bertakwa, kemudian hati menjadi ihsan,” ujarnya.
“Bagaimana perasaan Ruqaiyyah selepas memeluk Islam?”
“Kita telah menjadi cukup dewasa
untuk menyedari bahawa tidak semua Muslim itu suci. Mereka adalah
manusia biasa dan kebanyakan daripada kita jauh daripada kesempurnaan,”
ujarnya.
http://kisahbest.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan