3 kesilapan kecil ini mampu membuatkan
anda nampak tua malah wajah anda seakan tidak bermaya dan nampak kusam.
Ingin tahu apa dia? Kami kongsikan.
TIDUR DENGAN MEKAP
Ya, ramai yang melakukan perkara ini, rasa malas untuk cuci mekap dan
hanya biarkan sampai anda tertidur. Tahukah anda ianya akan membuatkan
wajah anda tampak kusam dan kering dengan mekap. Anda mesti tahu perihal
seorang wanita
yang tidak mencuci mekap selama lebih sebulan dan hasilnya wajah
kelihatan lebih tua dan kusam. Walau malasa sangat, sampai rumah terus
ambil wet tissue atau cleanser cream dan bersihkan mekap, semuanya hanya
ambil 10 minit sahaja, daripada anda ingin biarkan wajah dengan kotoran
mekap.
KEKERAPAN CUCI MUKA DALAM SEHARI
Ramai daripada kita yang setiap kali ada masalah kulit pasti cuci muka,
mereka rasa geram dengan keadaan di muka lalu terus cuci muka beberapa
kali dalam sehari. Tahukah anda lebih pengelupasan mampu merengsa kulit
anda dan benar-benar membuat liang anda menghasilkan lebih banyak minyak
yang hanya membawa kepada jerawat yang kerap. Cuba dua atau mungkin
tiga kali seminggu.
IKAT PONYTAIL TERLALU KETAT
Alasan ikat ponytail terlalu ketat hanya menyebabkan rambut anda tidak
sihat dan boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, elakkan ikat rambut
terlalu ketat bagi tiada masalah rambut yang berlaku. - via/ pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan