Bagi anda
yang pernah menaiki kereta api bukit di Bukit Bendera, Pulau Pinang
pasti berasa gayat dengan kecerunan bukit terutamanya sewaktu dalam
perjalanan turun ke bawah..Tetapi, laluan di Bukit Bendera tidak dapat
menandingi laluan seperti di The Gelmerbahn..Nak tahu kenapa, meh usha
kat bawah ni..
Laluan kereta api
bukit di The Gelmerbahn terletak kira-kira 6,000 kaki dari paras laut ke
Tasik Gelmer yang terletak di Bern, Switzerland. Apa yang membuatkan
para pelancong berasa kecut perut adalah kecerunan curamnya sebanyak 106
peratus, lebih curam berbanding mana-mana laluan kereta api bukit di
sekitar Eropah.
Kebanyakkan
kanak-kanak yang menaiki kereta api bukit ini berasa tidak takut sama
sekali, malah mereka berasa seronok dan menjadi sesuatu yang mampu
merangsang adrenaline.
Laluan di cerun The
Gelmerbahn ini telah dibina pada tahun 1926 bagi membantu
mempercepatkan pembinaan empangan di Tasik Gelmer. Ia kemudiannya di
ubahsuai dan ditukar kepada kereta api penumpang bagi tujuan pelancongan
pada tahun 2001.
p/s: Gayat-gayat pun, tapi permandangan tu betul-betul menenangkan hati
drysheet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan