Jumaat, 14 Februari 2014

Bahaya Cacar Air Kepada Ibu Mengandung

Ramai yang tidak mengetahui tentang bahaya diserang virus vericella (cacar air) atau lebih hingga dikenali sebagai chicken pox ketika sedang hamil. Ia amat berbahaya dan boleh mengancam nyawa fetus (janin) dan ibu jika tidak ditangani dengan betul.


Siapa yang berisiko mengalaminya dan bagaimana mengelakkannya?

Wanita yang terdedah kepada penyakit ini dan tidak mempunyai keimunan terhadapnya. Bagi mengelakkan jangkitan, suntikan vaksin cacar air perlulah diambil. Sekiranya anda dihinggapi cacar air ketika sedang hamil, dapatkan rawatan doktor dengan segera.
 

Bagaimana boleh menjejaskan bayi dan anda?
  • Ibu boleh mengalami masalah pneumonia atau paru-paru berair.
  • Ibu yang mengalami jangkitan cacar air atau vericella pada lapan hingga 20 minggu kehamilan mempunyai risiko sebanyak 2% untuk bayinya turut mendapat jangkitan ketika di dalam kandungan.
  • Bayi dalam kandungan mempunyai risiko kecacatan anggota badan iaitu kaki, tangan atau mata atau dikenali sebagai congenital vericella syndrom.
  • Ada keadaan di mana apabila si ibu mengalami infeksi vericella, fetus juga mengalami masalah yang sama dan kesan parutnya boleh dilihat pada badan selepas dilahirkan.
  • Bayi boleh dilahirkan dengan berat yang rendah daripada paras normal.
  • Sebanyak tujuh peratus daripada fetus yang mendapat conngenital vericella mati dalam kandungan.
  • Bayi yang lahir empat hari sebelum atau dua hari selepas ibunya mempunyai risiko jangkitan cacar air yang mana boleh mengakibatkan sawan.
 bidanbersalin.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...