Khamis, 13 Februari 2014

Sebab Mengapa Perlu Tidur Mengiring


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiH-wqZO04TWHigv7NnVzCJd8hKLlsZp0X0aIv58rgUjFsb0DUE779SmIsIqn2Gfz9RR7i01UQptDbzvKyWMcyWLGS31iHcsQ6mUHwvopHAMaK4Avt_VMxEdX_QpeK29tCAP8kRv7tdRKQu/s1600/sleep.gif
Tidur Mengiring

5 Sebab Mengapa Perlu Tidur Mengiring

Dari Al-Baraar bin aAzib, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila hendak tidur maka berwuduklah dengan sempurna seperti kamu berwuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuhmu yang kanan.  Hr Bukhari

Setiap saranan Rasulullah s.a.w. pasti ada hikmah disebaliknya. Begitu juga dengan tidur mengiring yang begitu banyak kebaikan dari sudut kesihatan. Sebab itu dalam dunia perubatan, tidur mengiring amatlah digalakkan. Antara kebaikannya adalah:
 

1. Tidur Mengiring Menjaga Pernafasan


Tidur mengiring akan mencegah jatuhnya lidah ke pangkal yang boleh menganggu saluran pernafasan. Tidur dengan kedudukan terlentang menjadikan saluran pernafasan terhalang dengan lidah. Sebab itu kalau kita perhatikan, seseorang itu akan sering berdengkur jika tidur dalam kedudukan terlentang. Dengkuran berlaku apabila saluran pernafasan terganggu.

2. Tidur Mengiring Mengurangkan Beban Jantung


Kedudukan tidur kesebelah kanan memungkinkan darah diagihkan dengan rata dan tertumpu di sebelah kanan bawah jantung. Ini akan menyebabkan beban aliran darah yang masuk dan keluar dari jantung menjadi lebih rendah. Kesannya, denyut jantung kita menjadi lambat dan tekanan darah juga akan menurun. Keadaan ini akan membantu kualiti tidur.

3. Tidur Mengiring Merehatkan Otak Sebelah Kiri


Dari segi anatomi, otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, kanan dan kiri. Otak bahagian kanan mempunyai hubungan saraf dengan organ sebelah kiri dan sebaliknya. Secara umumnya organ tubuh sebelah kanan kita mendominasi pergerakan harian kita. Dengan tidur mengiring ke sebelah kanan, otak kiri kita yang berkait rapat dengan pergerakan tersebut dapat berehat secukupnya.

4. Tidur Mengiring Membantu Penyerapan Nutrisi


Semasa tidur, pergerakan usus akan meningkat. Dengan kedudukan mengiring ke sebelah kanan, maka perjalanan makanan yang dicerna dan sedia di serap akan menjadi lebih lama kerana kedudukan usus kecil sehingga usus besar berada di bahagian bawah. Ini membolehkan penyerapan optima dilakukan.

5. Tidur Mengiring Merehatkan Perut


Perut manusia berbentuk seperti tabung dengan hujung injap keluar menuju kepada usus menghadap ke arah kanan bawah. Jika seseorang tidur pada sebelah kanan maka proses pengeluaran chime (makanan yang telah dicerna oleh perut dan bercampur asid) akan berlaku dengan baik sehingga boleh mempercepatkan proses pengosongan perut. Dengan ini ia menghalang proses peningkatan pengumpulan asid didalam perut yang boleh menyebabkan hakisan pada dinding perut.
 myblogsantai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...