Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra
bahawa pada saat wafatnya Rasullulah saw, beliau menyuruh Bilal azan
untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para muhajirin dan ansar di
Masjid Rasullulah saw. Kemudian Rasullulah saw menunaikan solat dua
rakaat bersama jemaah yang hadir.
Setelah selesai mengerjakan solat Baginda bangun dan naik ke ataas mimbar dan berkata :
"Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinNya. Saya ini adalah sebagai saudara kandung kalian,yang kasih dan sayang pada kalian sebagai seorang ayah. Oleh kerana kalau ada yang mempunyai hak untuk menuntutku, maka hendaklah dia bangun dan balaslah saya sebelum saya dituntut di kiamat."

Rasullulah saw berkata sebanyak 3 kali, bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan seraya berkata : "Demi ayahku dan ibuku Ya Rasullulah saw kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu melakukan hal ini."
Lalu 'Ukasyah berkata lagi :"Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu Ya Rasullulah pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang setelah dekat saya saya pun turun menghampiri Rasullulah supaya bertujuan dapat mencium pahamu Ya Rasullulah tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul untamu untuk berjalan cepat yang mana pada masa itu Rasullulah telah pukul pada rusuk saya. Oleh itu, saya ingin tahu samada Rasullulah hendak memukul saya atau unta tersebut."
Rasullulah saw berkata :" Wahai 'Ukasyah Rasullulah saw sengaja memukul kamu."
Kemudian Rasullulah saw berkata kepada Bilal ra :"Wahai Bilal kamu pergi keluar pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata :"Rasullulah saw telah menyediakan dirinya untuk diqisas."
Setelah Bilal sampai ke rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah ra menyahut dengan berkata :"Saya Bilal, saya diperintahkan oleh Rasullulah saw untuk mengambil tongkat beliau.
Kemudian Fatimah ra berkata :"Wahai Bilal untuk apa tongkat itu?
Berkata Bilal ra :"Wahai Fatimah ayahandamu telah menyediakan dirinya untuk diqisas."
Bertanya Fatimah ra lagi :"Wahai Bilal siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqisas Rasullulah saw?.
Bilal ra tidak menjawab pertanyaan Fatimah ra, segera Fatimah ra memberikan tongkat tersebut Bilal untuk dibawa tongkat itu kepada Rasullulah saw.
Setelah Rasullulah saw menerima tongkat itu daripada Bilal ra maka Baginda pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Ketika melihat hal itu, maka Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar berdiri dan berkata :"Hai 'Ukasyah! kami sekarang berada di hadapanmu! Pukullah dan qisaslah kami berdua sepuasmu dan jangan sekali-kali engkau pukul Rasullulah saw!." Namun, dengan lembut Rasullulah saw berkata kepada kedua sahabatnya yang dikasihi."Duduklah kalian berdua, Allah telah mengetahui kedudukan kalian."
Kemudian berdiri Saidina Ali yang langsung berkata:"Hai Ukasyah! Aku masih hidup di hadapan Nabi saw. Aku tidak sampai melihat kalau engkau akan mengambil kesempatan qisas memukul Rasullulah saw. Inilah punggungku, maka qisaslah aku dengan tanganmu dan deralah aku semahumu dengan tangan engkau sendiri! Berkata Rasullulah saw Allah swt telah tahu kedudukanmu dan niatmu,Wahai Ali".
Setelah itu cucu Rasullulah Hassan dan Husin bangun dengan berkata:"Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasullulah saw kalau kamu menqisas kami sama dengan kamu menqisas Rasullulah saw."
Mendengar kata-kata cucu Rasullulah saw itu, Rasullulah saw berkata:"Wahai buah hatiku duduklah kalian berdua ." Kemudian Rasullulah saw berkata:"Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukulku."
Kemudian 'Ukasyah berkata :"Ya Rasullulah saw anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju ." Maka Rasullulah saw pun membuka baju maka terlihatlah kulit Baginda yang putih dan halus maka menangislah semua yang hadir.
Seketika 'Ukasyah melihat tubuh badan
Rasullulah saw maka ia pun mencium badan Baginda dan seraya
berkata:"Saya tebus Rasullulah dengan jiwa saya Ya Rasullulah saw
siapakah yang sanggup memukul Rasullulah. Saya melakukan begini kerana
saya hendak menyentuh badan Baginda yang mulia ini dengan badan saya,
dan Allah swt menjaga saya dari api neraka dengan kehormatanmu."
Kemudian Rasullulah saw berkata:"Dengarlah kamu sekalian sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga inilah orangnya."
Kemudian semua jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa genting ini. Setelah itu para jemaah pun berkata:"Wahai 'Ukasyah inilah keuntungan yang paling besar bagimu engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasullulah saw di dalam Syurga."

maaf,tapi qisas tu sama maksud dengan pukul?
BalasPadam