Isnin, 17 Februari 2014

Pineberry: Rupa Seakan-Akan Strawberry Tapi Mempunyai Rasa Seperti Nenas

Bagi anda yang menggemari buah-buahan eksotik seperti strawberry, kemungkinan besar anda akan turut menyukai pineberry..Tetapi, apakah sebenarnya buah pineberry ini? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..


Pineberry merupakan buah yang seakan-akan sama dengan strawberry. Ia mula-mula diperkenalkan di Jerman pada tahun 2009 sebagai Ananaserdbeere, iaitu strawberry nenas. Ia merupakan buah-buahan hasil gabungan hibrid antara spesies Fragaria Chiloensis dari Amerika Selatan dan Fragaria Virginiana dari Amerika Utara. Ia mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding strawberry biasa dengan ukuran saiz 15 hingga 23 milimeter. Walaubagaimana pun, ia merupakan sejenis tumbuhan yang tidak tahan penyakit dan tidak begitu menguntungkan kerana skala pertaniannya yang bersaiz kecil.
 

Pineberry telah mula dipasarkan di restoran-restoran, kedai-kedai roti dan pasar-pasar borong sekitar Eropah sejak tahun 2011 lagi. Kedai-kedai bunga dan tanaman di UK turut menjual biji benih tumbuhan ini yang digelar sebagai "White Souls" dan "White Delight". Bagaimanapun, spesies Fragaria Vesca adalah spesies yang paling kecil dan lebih wangi.

Dikatakan, Pineberry nyaris pupus sehinggalah pada tahun 2003, seorang petani Belanda menyelamatkan tumbuhan unik ini. Para petani yang menemui tumbuhan ini di Perancis mula mengambil keputusan untuk melakukan penanaman secara komersial. Tumbuhan ini hanya mengeluarkan satu atau dua biji buah sahaja bagi setiap pokok, oleh itu amat penting bagi tumbuh-tumbuhan ini ditanam dalam skala yang besar dan dijaga dengan baik.

 

 


p/s: Nampak cam best je :
drysheet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...