Pada tahun 621M, iaitu pada bulan Zulhijjah tahun
ke-12 selepas ke-Rasulan Nabi Muhammad s.a.w, seramai 12 orang dari
kaum Aus dan Khazraj telah bertemu dengan pemimpin agung kita untuk
melafazkan baiat taat setia pada Rasulullah s.a.w. Antara kandungan baiat
mereka adalah :
- Tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun.
- Melaksanakan apa yang Allah perintahkan.
- Meninggalkan apa yang Allah larang.
Bermula saat itu, Rasulullah s.a.w telah pun sah dan secara rasmi
menjadi pemimpin, pemerintah, raja, dan juga khalifah di Yastrib yang
kemudiannya telah ditukar nama menjadi Madinah walaupun rakyat yang berbaiah pada
awalnya hanya sejumlah 12 orang sahaja.
Kemudian melalui dakwah, Kerajaan Islam Madinah terus berkembang
sebagai sebuah Daulah Islamiyah yang pertama di muka bumi.
Jelas, kedaulatan
sebuah negara bukan terletak hanya pada jumlah rakyatnya sahaja.. tapi yang lebih penting
lagi ialah ketaatan rakyatnya pada pemerintah yang hanya akan mengabdikan diri
pada Allah swt dalam segala dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin dan khalifah.
Kenapa 12 orang itu perlu ke bersusah-susah ke Mekah untuk
bersyahadah? Bukankah untuk memeluk Islam mereka hanya perlu melafazkan kalimah
syahadah di Yastrib sahaja dengan Allah swt sebagai saksi?
Jawabnya tuan-tuan.... Islam yang sempurna tidak
akan dapat kita capai dengan hanya sekadar melafazkan dua kalimah syahadah,
tapi perlulah diiringi dengan sumpah taat setia pada pemerintah/khalifah yang
Allah swt lantik untuk mentadbir umat manusia menurut Al Kitab dan Al Hikmah.
“Barangsiapa yang mati dan dilehernya tidak
ada bai'at maka dia matidalam keadaan jahiliyah.”
wallahu'alam...
sekadarfikrah.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan