Kapal Republik Indonesia Usman Harun ialah kapal corvette kelas Nakhoda
Ragam terkini yang dimiliki Republik Indonesia. Kapal ini menjadi
penyebab pertelagahan di antara Singapura dan Indonesia sejak minggu
lalu.
Kenapa Indonesia dan Singapura bergaduh kerana sebuah kapal? Ceritanya
berkait dengan serangan pengganas Indonesia ketika zaman konfrantasi
Malaysia dan Indonesia.
Kapal corvette KRI Usman Harun ini pada asalnya dibina untuk Tentera
Laut Diraja Brunei. Tiga buah kapal dibina oleh BAE Systems untuk Brunei
tetapi apabila ianya siap pada tahun 2003 Brunei enggan untuk
memasukkannya kedalam inventori tentera laut mereka. Brunei berkata
kapal yang dibini ini tidak memenuhi kehendak dan spesifikasi mereka.
BAE Systems pula berkata kapal yang dihasilkan adalah mengikut kehenda
pembeli dan Brunei enggan menerima mereka kerana kos operasi yang tinggi
dan kekurangan anak kapal untuk melakukan operasi.
Pada tahun 2007 mahkamah menetapkan Brunei harus membayar kepada BAE
Systems kos pembinaan bernilai GBP 600 juta. Brunei akur tetapi kapal
ini diserahkan kepada sebuah firma di Jerman untuk dijual kepada sesiapa
yang berminat.
Pada tahun 2012 Indonesia bersetuju membeli ketiga-tiga kapal reject
shop ini pada harga murah GBP 120 juta. Ia akan memulakan operasi
mengawal perairan Indonesia tahun ini. Disinilah kontroversi bermula!
KRI Usman Harun mendapat nama dari Wira Negara Indonesia Harun Said
danUsman Hj Mohd Ali. Kedua- dua orang wira ini melakukan serangan
pengganas di Singapura pada Mei 1965. Mereka adalah ahli skuad Komando
Marin Indonesia yang ditugaskan menimbulkan kekacauan di Malaysia ketika
Konfrantasi 1965.
Harun Said dan Usman Hj Mohd Ali mengebom McDonald House di Singapura
mengakibatkan 3 kematian dan 33 kecederaan. Dua orang pengganas ini
berjaya ditangkap dan kemudian digantung sehingga mati pada tahun 1968
setelah didapati bersalah.
Kematian mereka diratapi Indonesia dan jenazah mereka disambut dengan
istiadat penuh ketenteraan. Mereka juga diberikan pengkebumian
penghormatan negara sesuai dengan status mereka sebagai Wira Negara
Indonesia. Bendera dikibarkan separuh tiang dan jasad mereka disemadikan
di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta.
Singapura menganggap tindakan Indonesia menamakan kapal yang bakal
berlayar di perairan sekitar Singapura ini sebagai tidak wajar. Di
Singapura ahli politik dan rakyat sebulat suara menyeru kerjaan
Singapura supaya tidak membenarkan KRI Usman Harun untuk memasuki
perairan Singapura walaupun untuk seketika.
Indonesia pula berkata mereka mempunyai hak untuk menamakan kapal milik
mereka sempena nama "Wira Negara" mereka. Pada hemat mereka Singapura
tiada hak membantah penamaan KRI Usman Harun
Yang menariknya di Malaysia kita cool face. Padahal ketika serangan
dilakukan Singapura masih lagi sebahagian daripada Malaysia? Kita tak
peduli ke kapal dinamakan sempena 2 terroris yang menyerang negara kita
boleh melayari Selat Melaka?DISCUSS
Laporan asal Wikipedia/ pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan