Sabtu, 15 Februari 2014

Foto Terbaik Dunia Tahun 2013


Foto memaparkan imigran berusaha mendapatkan isyarat telefon bimbit di Djibouti, oleh John Stanmeyer menang anugerah World Press Phot0 2013. 
Foto yang memaparkan imigran yang berusaha untuk mendapatkan isyarat telefon bimbit di pantai Djibouti, rakaman oleh John Stanmeyer memenangi hadiah Foto Terbaik World Press Photo 2013.
 Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media di Amsterdam.

“Ia merupakan satu foro yang merangkai pelbagai cerita – ia membuka perbincangan mengenai teknologi, golabalisasi, penghijrahan, kemiskinan, tekanan dan kemanusiaan,” ulas Jillian Edelstein, juri pertandingan tersebut.
 


Sementara itu, Stanmeyer sewaktu diwawancara AFP berkata dia berbangga dengan penganugerahan tersebut.

“Foto itu sangat puitis, ia dekat dengan kita semua,” katanya kepada AFP.

“Ia hanyalah manusia yang cuba untuk menghubungi orang yang mereka sayang. Ia mungkin anda, mungkin saya, mungkin salah seorang dari kita.”

Jurufoto agensi VII yang berpangkalan di Amerika Syarikat merakamkan foro tersebut untuk National Geographic.

Sebanyak 100,000 foto dihantar oleh 5,754 jurufoto daripada 132 negara di seluruh dunia.

Stanmeyer memenangi hadiah wang tunai 10,000 euros dan sebuah kamera dalam satu majlis yang bakal berlangsung di Amsterdam pada April.
mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...