Pernah terfikir kenapa lelaki curang
terhadap pasangan ataupun isteri ? Korang mesti macam ambil remeh benda
ni tetapi cuba korang fikir balik, takkan kawin tak sampai setahun nak
bercerai ? Lepas tu alasan takde jodoh, sampai bila ? Jom
ketahui Sebab-Sebab Kenapa Lelaki Selalu Curang :
Sebab-Sebab Kenapa Lelaki Selalu Curang
“Pantang tengok perempuan dahi licin!”
“Lelaki semua sama!”
“Lelaki memang macam tu. Jantan tak guna!”
Dan pelbagai lagi kata-kata yang biasa
terpacul daripada mulut perempuan apabila mendapat tahu pasangannya
curang. Persoalan agung yang biasa berlegar di pemikiran wanita (mahupun
lelaki) adalah mengapa mereka sanggup berlaku sebegitu? Bolehkah lelaki
memberi alasan bahawa kecurangannya itu adalah tidak disengajakan?
Naah! Tipu semata. Everything happens for a reason, right?
Jom kita lihat sebab mengapa si lelaki ini suka dan mudah curang dengan pasangan mereka.
1. Peluang ada di mana-mana
Si lelaki tahu bahawa girlfriend/ isteri
mereka tiada di sisi dan mereka tidak punya sixth sense untuk
mengetahui apa yang sedang anda lakukan di belakang mereka. Ini membuka
peluang untuk mereka berfoya-foya dengan perempuan lain. Media dan
telekomunikasi membawa kenaikan drastik kepada peningkatan kadar
penceraian. Namun perlu diingat, ketika si lelaki leka mencuri peluang,
di pihak perempuan pula sibuk memasang ‘mata-mata’. Jangan sampai
kantoi!
2. Test Market
Setia dengan perhubungan jangkamasa
panjang boleh membuatkan lelaki menjadi sangsi dengan marketability
dirinya. Adakah dia masih tampan dan macho pada mata orang di luar sana?
Jadi mereka cenderung untuk flirt dengan perempuan sepejabat atau
bermain SMS romantis. Gejala ini mungkin hanya sementara, hanya untuk
cuba-cuba, tetapi kalau silap perhitungan, pasangannya mungkin berputih
mata.
3. Pernah Ditipu
It’s the rule of thumb: Si lelaki pernah
ditipu dalam perhubungan, dan cuba mencari keseronokan dengan menipu
gadis lain pula. Ini adalah konsep mudah yang semua orang tahu. Si
perempuan kantoi berkayu tiga dengan jantan lain, dan di pihak lelaki,
secara semulajadi kelakiannya, akan membalas apa yang teman
wanita/isteri dia lakukan. Bunyinya agak janggal dan ekstrim, tapi
itulah hukum karma.
4. Perempuan Kuat Membebel Dan Merungut
Lelaki sejujurnya tidak menyukai teman
wanita atau isteri yang kerap membebel setiap masa. Cukuplah dengan
leteran ibu semasa kanak-kanak dan tengkingan bos di pejabat. Pasangan
seharusnya melafazkan kata-kata yang menyejukkan hati dan bukannya
menaruk minyak . Atau lebih bijak lagi, beriam diri. Lelaki tidak suka
apabila diajukan bermacam-macam soalan lebih-lebih lagi apabila si
lelaki dilanda masalah kerjaya atau mengharungi hari yang memenatkan.
Bila telinga sudah tak tahan, keluar rumah bukanlah sesuatu perbuatan
yang sukar bagi lelaki.
5. Kurang Romantisme Dalam Perhubungan
Seperti kaum perempuan, si lelaki juga
suka akan surprise dan momen-momen romantis, tetapi tidaklah sekerap
perempuan. Cukuplah sekadar perkara yang membuatkan mereka dihargai.
Hubungan seks yang berkualiti juga dapat menjamin kesejahteraan rumah
tangga. Keinginan dan kualiti hubungan seks isteri yang semakin
berkurangan selepas beberapa tahun berkahwin menjadi punca lelaki jemu
dan ‘merajuk’
6. Sudah Tiada Cinta Lagi
Kalau hati sudah tidak suka, apa yang
perlu dihiraukan lagi. Si lelaki mungkin dalam perancangan ke arah
memutuskan hubungan dengan anda. Mungkin mereka belum tidak punya sebab
kukuh untuk putus, atau masih perlukan ‘love-with-benefit’ daripada anda
(wang, pengaruh, atau pelajaran). Ya, lelaki kadangkala seteruk itu…
7. Salah Lelaki Itu Sendiri
Tiada alasan lain yang lebih tepat
daripada mengakui kesilapan sendiri. Kegagalan mengawal emosi dan
belenggu hawa nafsu yang rapuh menjurus kepada berlakunya zina. Apa pun
masalah atau badai yang menimpa sesuatu hubungan itu, hendaklah
ditangani dengan waras akal dan berhemah. Si lelaki, sebagai pemimpin,
haruslah berusaha mengekalkan mahligai yang dibina dan bukannya mencari
jalan mudah.
Setiap manusia biasa punyai keinginan
dan nafsu yang boleh mendorong mereka melakukan perkara yang mereka
sendiri sedar akan kesalahannya.
Namun apa saja yang berlaku, baik atau buruk datangnya dengan niat dan bukannya berlaku secara tiba-tiba. Kawal diri, usah terpengaruh dengan rakan sepejabat dan kisah-kisah gelap mereka di belakang isteri.
Elakkan daripada terdedah dengan
‘peluang’, lari darinya dan fokuskan kepada orang yang tersayang. Benar,
agak tempting mendengar cerita nakal rakan sekerja yang pernah berlaku
curang. Tapi pernahkah anda bertanya cerita di sebalik kebanggaan itu.
Rasa bersalah dan berdosa pasti akan mengejar di pelaku curang, sooner
or later.
Jikapun ada perselisihan dengan
pasangan, menyelesaikannya dengan berlaku curang adalah solusi paling
bodoh pernah anda lakukan sepanjang hidup. Percayalah.
“Having an affair is nothing like taking
a pottery class. No. It would start out like that, and then, um,
something would happer. Someone, uh, finds out, or someone falls in
love, and it ends disastrously. It always ends disastrously.” –
Unfaithful (2002)
http://zoncinta.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan