Seperti
yang kita semua maklum, bersuci adalah suatu perkara yang amat
dititikberatkan didalam Islam. Kalau kita belajar kitab fekah, bab mula –
mula sekali diajar adalah Taharah iaitu bersuci, menunjukkan betapa
pentingnya ia dalam kehidupan kita.
Sabda Nabi S.W.T : “Tidak diterima solat tanpa bersuci” (Riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar )
Hadis ini menunjukkan bahawa bersuci adalah wajib sebelum menunaikan solat. Sekelian ulamak telah sepakat bahawa bersuci adalah salah satu syarat sahnya solat. Tidak sah solat tanpa bersuci.
Ok, itu dari sudut agama. kali ini saya nak bawa anda dari sudut saintifik pula, iaitu mandi.
Mandi
tidak hanya membuatkan badan segar, tetapi ada manfaat lain disebalik
itu. Sebenarnya, mandi juga memiliki peranan dalam meningkatkan sistem
kekebalan, mencegah penyakit kulit, bahkan untuk menyembuhkan masalah
kesihatan yang serius.
Beberapa kajian yang menunjukkan bahawa mandi itu berkhasiat antaranya adalah:
1. Pengidap Diabetes
Untuk pengidap diabetes, dengan setengah jam berendam didalam air yang hangat dapat menurunkan aras gula dalam darah sekitar 13%.

2. Kesihatan Jantung
Dengan berendam selama 10 minit dalam air yang hangat dapat memperbaiki kesihatan jantung baik lelaki mahupun wanita.

3. Eksema
Eksema adalah penyakit radang kulit yang kronik, dengan rasa kering dan gatal. Untuk penderita penyakit kulit seperti eksema, ruam, gatal-gatal dapat dirawat dengan menambahkan baking soda ke dalam tab mandi kerana berdasarkan kajian baking soda itu bertindak sebagai antiseptik.

Caranya,
pertama sekali isi dengan air suam, tambahkan kira-kira satu senduk
baking soda dan kacau sehingga larut. Digalakkan berendam selama 10-20
minit.
4. Infeksi
Untuk infeksi, tambahkan pada air panas suam tiga atau empat sudu cuka buah epal (apple cedar) dan berendamlah selama 15-20 minit. Ini juga baik untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh kerana cuka dapat menyeimbangkan kembali asid.

5. Selsema dan Sakit Kepala
Untuk menyembuhkan selsema dan sakit kepala dapat dilakukan dengan merendam kaki dalam air suam. Masukan air suam secukupnya dalam tab mandi sehingga menutupi kaki dan pergelangan kaki, tambahkan beberapa titisan minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Setelah selesai bilas dengan air biasa. Lakukan selama 10-20 minit.

6. Insomnia
Untuk penderita insomnia atau yang menderita masalah tidur, mereka boleh merendam kaki dalam air sejuk. Masukan kaki sehingga kaki merasa sejuk. Cara ini juga berguna bagi kaki kejang, pendarahan hidung, dan sembelit.

7. Sirkulasi
Jika anda mengalami masalah sirkulasi maka cubalah dengan merendam kaki selama satu atau dua minit didalam air suam, kemudian 30 minit dalam air sejuk.

.
Manfaat mandi yang sihat
Mandi air panas sekitar 32-35 darjah Celsius dapat membuka liang – liang yang dapat membantu mengeluarkan racun. Dimana ia berfungi membantu menurunkan aras gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya dapat bekerja dengan baik. Waktu yang disyorkan adalah selama 10-20 minit.

dengan air yang sejuk pula dapat menghilangkan stress kerana meredakan
ketegangan, dan disyorkan dengan suhu sekitar 12-18 darjah celcius. Ini
terbalik dengan mandi air panas kerana ia akan menyempit kan darah dan
meningkatkan aras gula darah. Oleh sebab itu, pengidap diabetes tidak
digalakkan untuk mandi air sejuk.
.
sumber : http://www.apakabardunia.com/http://akuislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan