Menurut Farmer dalam buku, Comparative History of Civilizations, empayar merujuk kepada kuasa politik yang menyatukan zon budaya yang luas. Kemunculan empayar disebabkan oleh dasar imperialisme dan kolonisme yang menyebabkan berlaku proses penaklukan dan perluasan kuasa terhadap negara-negara lain. Proses perluasan kuasa menyebabkan munculnya beberapa empayar seperti Empayar Maurya dan Gupta di India, Empayar Chin dan Han di China dan Empayar Rom di Eropah.
Kekuatan tentera amat penting. Direkodkan bahawa Raja – raja India mempunyai angkatan tentera yang besar. Misalnya, Candragupta Maurya mempunyai 600, 000 orang tentera , Rajaraja I mempunyai 900, 000 orang tentera dan Mahendrapala boleh menggerakkan 800,000 orang tentera pada bila-bila masa.
Teknologi ketenteraan juga memainkan
peranan penting. Ia dapat dilihat melalui teknologi ketenteraan Rom yang
jauh melampaui zaman ketika era kegemilangan Empayar Rom. Mereka bukan
sahaja memiliki tentera yang lengkap dengan baju besi tetapi dilengkapi
juga dengan kereta chariot yang boleh memecahkan barisan depan
musuh dengan mudah. Bergitu juga dengan kehebatan Empayar India yang
menggunakan sebaik mungkin kekuatan tentera bergajah. Dipercayai bahawa
Alexander the Great hampir terkejut apabila melihat sejumlah tentera
bergajah ketika misi peluasan kuasanya di India. Malahan kuda tentera
Alexander meronta-ronta kerana terkejut dengan pekikan gajah. Mujur
dengan kebijaksanaan Alexander yang mana beliau mengarahkan kuda-kuda
tenteranya ditutup mata dan gajah-gajah tentera India dibutakan mata.
Sehingga kini, pembaca boleh lihat
sendiri berapa banyak empayar runtuh. Yang terbaru adalah Empayar Soviet
yang tumbang pada tahun 1991. Untuk pengetahuan pembaca, satu ketika
dahulu Empayar Soviet adalah antara empayar paling besar di dunia.
Sebagai ukuran keluasannya, setiap pelancong perlu merentasi sehingga
berpuluh zon waktu untuk mengelilingi setiap wilayah Soviet.
Oklah, tanpa membuang masa lagi, penulis kali ini ingin menyenaraikan 20 Empayar Terbesar Yang Pernah Wujud di muka bumi. Selamat membaca..
20. Empayar Acheamenid(550BC-330BC)
Asal nama Acheamenid adalah daripada nama
pengasasnya iaitu Acheamenes. Namun, sejauh mana kebenarannya tidak
dapat dipastikan. Ketika kemuncak kekuasaannya, empayar ini telah
memiliki empayar seluas 8 juta km persegi dan mempunyai lebih 23 buah
negara di bawah jajahan takluknya.
Raja paling dikenali: Cyrus the Great dan Darius the Great
Keruntuhan Empayar:
Empayar ini mula merosot selepas serangan oleh panglima muda Macedonia
iaitu Alexander the Great. Dalam masa 8 tahun, Empayar Acheamenid runtuh
dan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.
19. Empayar Sasanid(224-651)
Empayar Sasanid pernah diiktiraf satu
ketika dahulu sebagai empayar yang terkuat di sebelah Asia di samping
Empayar Rom pula terkuat di sebelah Barat. Empayar Sasanid adalah
empayar yang bertanggungjawab meningkat tamadun Parsi di mana
jiran-jiran mereka masih lagi mundur dan serba kekurangan.
Ketika kemuncaknya, empayar ini telah menjangkaui kawasan daripada Syria ke Barat Daya India ataupun 3.5 juta km persegi.
Raja Paling Dikenali: Kaisar Khosrau II
Keruntuhan Empayar:
Kekalahan kepada tentera Islam pimpinan Khalid al-Walid semasa misi
penyebaran Islam oleh Khulafa al-Rashidin telah meruntuhkan sama sekali
dinasti Sasanid di mata dunia.
18. Empayar Kolonial Belanda(1610-1975)
Kekuatan kuasa maritim Belanda pada abad
ke-16 hingga 17 telah menyebabkan empayar ini bergitu ditakuti oleh
musuh-musuhnya. Kekuatan maritim ini berpunca daripada penubuhan
Syarikat Hindia Timur Belanda pada 1602. Pada 1641, Belanda telah
mengalahkan Portugis untuk menguasai pelabuhan komersial Melaka yang
telah dikuasai oleh Portugis sejak 1511.
Keruntuhan Empayar:
Kekuatan kuasa maritim Belanda merudum pada akhir abad ke-18 selepas
beberapa siri kekalahan Belanda di pentas dunia. Selain itu, tanah air
mereka sering diserang musuh telah menyebabkan kekuatan Belanda
hancur-binasa.
17. Empayar Mughal(1526-1707)
Tentera Islam berketurunan Tartar mula
menguasai benua kecil India sekitar 1526 dan akhirnya telah menubuhkan
Empayar Mughal. Kekuasaan Empayar Mughal antara pertengahan abad ke 15
dan berakhir pada awal abad ke-18.
Raja Yang Paling dikenali: Sultan Akhbar the Great dan Sultan Jahanghir
Keruntuhan Empayar:
Empayar Mughal mula runtuh sepenuhnya pada tahun 1725 akibat beberapa
siri kekalahan dalam peperangan, pemberontakan agama, dan kemunculan
kuasa-kuasa baru seperti Empayar Maratha, Empayar Sikh, Empayar Durrani.
Kemunculan Empayar British telah mengakhiri sepenuhnya penguasaan
Empayar Mughal di India dan jajahannya.
16. Empayar Perancis Pertama Pimpinan Nepoleon Bonaparte(1804-1814)
Empayar ini adalah produk pertama hasil
Revolusi Perancis. Empayar ini dengan cepat tersebar ke seluruh Eropah
dengan pimpinan pemimpin berkarisma Nepoleon Bonaparte. Kekuatan
Napoleon telah menyebabkan beberapa negara jirannya memperkuatkan
tentera masing-masing. Misi Napoleon hanya satu iaitu menyebarkan
Revolusi Perancis ke seluruh Eropah dengan menghapuskan sistem beraja.
Misi Napoleon ini menyebabkan banyak negara yang ditubuh berasaskan
sistem monarki berasa tidak senang duduk.
Keruntuhan Empayar:
Empayar mula runtuh satu persatu selepas kalah dalam peperangan Waterloo
kepada Duke of Wallington. Empayar Napoleon juga goyah apabila ramai
tentera Napoleon terkorban semasa misi menumbangkan Tsar Rusia.
15. Empayar Jepun(1868-1945)
Empayar ini pada satu ketika amat
digeruni oleh musuh-musuhnya. Tentera yang berani mati dan berteknologi
tinggi telah menyebabkan beberapa kuasa besar tunduk kepada kekuasaan
Jepun. Kekuatan maritim tentera Jepun yang tidak pernah kalah dalam
setiap siri peperangan telah menyebabkan tentera maritim Russia kalah
teruk dalam Peperangan Ruso-Japan pada 1905. Kemuncak kekuasaan Empayar
Jepun adalah pada 1942.
Keruntuhan Empayar:
Empayar mula runtuh apabila Amerika Syarikat telah menjatuhkan Bom
nuklear di Bandar utama Jepun seperti Nagasaki. Akibat daripada
pengeboman ini juga memberi pertanda berakhirnya Perang Dunia Ke-2.
14. Empayar Nazi(1933-1945)
Empayar Nazi pernah menjadi kuasa tentera
yang paling ditakuti satu ketika dahulu. Ia bukan kerana jumlah tentera
yang besar tetapi teknologi yang canggih sehingga menjangkaui kekuatan
teknologi musuh-musuhnya. Banyak teknologi tentera Jerman yang
menjangkaui zamannya seperti Roket V1, Jet Pejuang bersayap V, Kereta
Kebal berkelajuan tinggi dan sebagainya.
Keruntuhan Empayar:
Dengan runtuhnya Berlin akibat serangan tentera-tentera Bersekutu pada
1945 dan terbunuhnya Hitler dipercayai membunuh diri telah menyebabkan
Jerman Nazi telah mengangkat bendera putih dan seterusnya meruntuhkan
Empayar Nazi Jerman. Ramai penganalisis ketenteraan dunia berkata bahawa
jika Amerika Syarikat tidak terlibat dalam Perang Dunia Ke-2, sejarah
akan berubah dengan Jerman yang bersendirian akan menang menentang
Britain dan negara-negara sekutunya.
13. Empayar Ming(1368-1664)
Ia adalah dinasti terakhir yang dikuasai
oleh etnik Han. Empayar Ming menyebar keseluruh dunia apabila banyak
negara secara sukarela tunduk di bawah kekuasaannya. Pembaca mesti
mengingati Laksamana Cheng Ho bukan? Laksamana Cheng Ho atau nama
sebenarnya Zheng He adalah panglima laut termasyhur semasa Dinasti Ming
menguasai China. Zheng He telah diarahkan oleh Maharaja untuk berlayar
ke seluruh dunia bagi menyebarkan propanganda mengenai kekuatan dan
kekuasaan China. Dikatakan Armada laut yang dipimpin Zheng He tersangat
besar sehingga dikatakan bahawa ia seperti perkampungan kecil di lautan.
Empayar Ming juga mempunyai 1 juta
tentera yang boleh berkhidmat pada bila-bila masa. Pada ketika Dinasti
Ming, bidang sains dan kejuruteraan, bidang falsafah dan seni mencapai
tahap kegemilangan.
Raja yang paling dikenali: Maharaja Yongle
Keruntuhan empayar: Pada
akhir pemerintahan Dinasti Ming, kebanyakan raja adalah lemah dan gagal
menyelesaikan masalah peperangan saudara yang sering menjadi duri dalam
daging empayar ini. Akhirnya, empayar ini runtuh dan diganti dengan
Dinasti Manchu.
12. Empayar Othmaniyyah(1299-1923)
Ketika kemuncak penguasaannya, Empayar
Othmaniyyah telah tersebar ke seluruh Eropah Timur seperti Georgia,
Bosnia, Serbia dan sebagainya. Direkodkan bahawa 29 negara berada di
bawah pengguasaannya. Ia tidak termasuk negara-negara yang sukarela
berada di bawah naungan Khalifah Othmaniyyah terutama negara-negara
Islam.
Raja yang paling dikenali: Sultan Sulaiman al-Kanuni
Keruntuhan empayar:
Kebangkitan golongan muda berpendidikan Barat telah menyebabkan Empayar
Turki Othmaniyyah jatuh merudum. Ia lebih parah apabila Turki
Othmaniyyah yang turut sama terlibat dalam Perang Dunia Pertama telah
dipaksa untuk melepaskan banyak wilayahnya kepada kuasa-kuasa besar
lain. Sejak daripada itu, Turki Othamiyyah berakhir dan Sultan terakhir
adalah Sultan Abdul Hamid.
11. Soviet Union(1920-1991)
Soviet Union tertubuh
daripada selepas Parti Bolshevik menguasai Russia pada 1917. Sejak
daripada itu, Soviet Union tidak menoleh ke belakang lagi. Satu ketika
pernah berbaik dengan Nazi Jerman kemudian bermusuh bergitu juga Amerika
Syarikat, satu ketika pernah bersepakat dalam memerangi Nazi Jerman dan
kemudian bermusuh semasa Perang Dingin.
Pemimpin yang dikenali: Vladimir Lenin, Joseph Stalim
Keruntuhan empayar:
Empayar Soviet mula runtuh pada tahun 1991 apabila rakyat mahukan sistem
demokrasi berbanding sistem komunis sosialis yang diperkenalkan oleh
Parti Bolshevik.
10. Empayar Portugis (1415-1999)
Empayar Portugis adalah empayar pertama
yang ditubuhkan untuk menguasai negara-negara lain secara global. Ia
merupakan negara yang paling lama mengamalkan sistem empayar sehingga
menjangkaui 600 tahun. Empayar ini juga empayar pertama yang menguasai
pantai di Afrika pada 1419. Ia juga telah mengukuhkan sistem kolonisme
lama sebelum Inggeris dan Belanda datang ke timur.
Raja yang dikenali: Henry the Navigator
Keruntuhan empayar:
Empayar Portugis mula beransur-ansur lemah apabila meningkatnya kekuatan
tentera Inggeris dan Sepanyol. Pada 1999, Timur Timor telah merdeka
sepenuhnya daripada cengkeman Portugis. Timur Timor adalah negara
terakhir yang merdeka di bawah jajahan Portugis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan