Khamis, 20 Februari 2014

Sayu, Jangan Lihat Saja, Bantulah Si Kecil Yang Memerlukan Bantuan Anda Semua

Sofwatul Amani - Anak kecil yang dilahirkan dengan keadaan usus di luar (Gastroschisis) adalah anak kepada kawan kepada abang ipar saya.
Saya tidak mengenali Ahmad Syahidin (bapa Amani) secara personal, hanya pernah keluar minum ramai² tapi bila melihat keadaan si kecil ini, hati saya runtun. Kasihannya kamu wahai anak kecil.
 





Amani kini masih berada di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. Dalam usia yang baru 5 hari, Amani telah menjalani dua pembedahan dan pembedahan seterusnya pada Ahad depan (23.02.14) kerana sekarang ususnya sedang membengkak. 
Menurut ayah Amani, platelet darah Amani menurun, kemungkinan terkena jangkitan. 
Dengan keadaan si ayah muda (24 tahun) yang bekerja sebagai juruteknik yang kini sedang bercuti tanpa gaji untuk menjaga Amani dan ibu Amani, berulang alik dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, saya pasti dia memerlukan perbelanjaan yang besar.
Saya berharap sangat kita semua dapat membantu meringankan beban Din ( Matt Dean) sekeluarga. Semoga sumbangan kecil kita dapat memberi harapan besar buat Sofwatul Amani. 
Untuk sumbangan, sila dermakan ke nombor akaun di bawah:
CIMB: 7050332235 | AHMAD SYAHIDIN BIN ANUAR
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kesahihan informasi di atas, anda bolehlah menghubungi Ahmad Syahidin Bin Anuar di talian 013-9637401
 mymedialab.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...