Jumaat, 21 Februari 2014

Resepi - Ikan Siakap Masak KAENG SOM


Kemsom atau Keng Som atau Asam Pedas Thailand / Siam
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
½ biji nanas – dipotong segi tiga
2 batang bunga kantan
3 cawan air
Sedikit daun kesum
Sedikit minyak masak
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Gula secukup rasa




Bahan kisar:
1 sm kunyit hidup
2 sm halia
2 sm lengkuas
2 ulas bawang merah
2 sudu makan cili kering
3 batang serai
10 tangkai cili padi
Sedikit belacan

Cara menyediakan:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
3. Apabila sudah naik bau, masukkan air, air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa.
4. Bolehlah dimasukkan ikan. Biarkan sehingga ia masak dan mendidih.
5. Kemudian, masukkan nanas, bunga kantan dan daun kesum.
6. Kacau selama beberapa minit.
7. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi panas
saji

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...