KEDUDUKAN PULAU LAYANG-LAYANG
“Kami sentiasa berwaspada 24 jam sehari mengawasi perairan terumbu negara yang kaya dengan hasil sumber asli laut yang menjadi rebutan nelayan dan kuasa asing.
Kita akan mengawasi apakah tujuan mereka (kapal tentera asing), sama
ada hanya lalu di perairan ini atau datang merisik,” kata beliau. Beliau
bagaimanapun enggan mengulas bilangan kali pencerobohan tentera asing,
kapal tentera dan kapal selam di terumbu itu.
F-18D Hornet terbang berdekatan Pulau
Layang-Layang yang terletak di kawasan tuntutan bertindih di Laut China
Selatan. Dulu pulau ni sekadar terumbu. Kemudian Tun Mahathir
arahkan terumbu ni ditambak untuk dijadikan pulau serta pengkalan paling
hadapan negara. Luas pulau ini kalau lebih kurang 2.5 km persegi.
Panjang landasan sekitar 1300 meter.
DIINTIP KAPAL SELAM ASING
Seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) memberitahu Bernama pengkalan itu pernah diintip oleh tiga kapal selam asing pada waktu malam. Bagaimanapun, kapal-kapal selam itu menghilangkan diri setelah kehadiran mereka berjaya dikesan dan siren amaran dibunyikan.
Lt Khairulislah berkata pemeriksaan
kapal-kapal nelayan asing sentiasa dibuat dan mereka perlu mendapatkan
surat keizinan pihak atasan TLDM untuk melakukan aktiviti tangkapan ikan
di perairan itu.
Beliau berkata setiap bot nelayan asing
yang melakukan pencerobohan akan ditahan dan dimaklumkan kepada pihak
atasan yang akan memberikan arahan samada menahan, mengusir atau menyita
bot nelayan asing itu.
Katanya perbezaan yang dirasakan oleh
anggota TLDM di sini ialah bertugas di barisan hadapan yang sentiasa
terdedah dengan ancaman luar dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan
menghadapi ancaman yang bakal berlaku, seperti yang dilihat pada
cogankata mereka di sini ‘kami akan pertahankan Pulau Layang-Layang
hingga ke titisan darah terakhir’.
Lt.Khairulislah berkata nilai tangkapan ikan Tuna yang terdapat di perairan Pulau Layang-Layang adalah melebihi RM70 juta setahun.
Adakah ini ada kaitan dengan tuntutan kepulauan Sptratly? Kubu pertahanan di Pulau Spratly
1. Untuk menguatkan lagi tuntutan dan
penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah
di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan
(14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.
2. Pulau Layang-layang ini dilengkapi
dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk
pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.
3. Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.
4. Filiphina turut mempunyai kubu
tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang
dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.
5. China walaupun tidak mempunyai
pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun
mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief.
6. Ia juga dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar.
7. Negara itu mempunyai kubu yang kukuh
di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun
berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget
Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.
8. Vietnam pula turut mempunyai kubu
tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan
sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan
pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.
9. Penulis tidak berminat untuk
menyentuh kedudukan tentera oleh negara lain di kepulauan Spratly tetapi
hanya menumpukan kepada empat sahaja iaitu Malaysia, China, Vietnam dan
Filiphina.
STRATEGI MALAYSIA
10. Malaysia membawa pembangunan yang
paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina menguasai
pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain
hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia
membawa masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang
menjadi sebuah pulau.
11. Kawasan tuntutan Malaysia juga
mempunyai kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya berbanding
kesemua kawasan lain di Spratly.
12. Malaysia turut membina pengkalan
kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan menghadapi
sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang
apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.
13. Umum mengetahui, China mempunyai
armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak ketara
dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal Selam.
14. Jarak operasi pesawat Sukhoi dan
J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar itu tidak
mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi ketenteraan
secara berkesan.
15. Sebagai contoh, Britain dalam Krisis
Falkland berjaya memenangi peperangan menuntut pulau Falkland dari
Argentina kerana Britain mempunyai armada laut yang kuat termasuk
dilengkapi dengan kapal induk pesawat seperti HMS Hermes.
16. Walaupun terletak beribu batu dari
kawasan konflik, Britain akhirnya menang dan peranan kapal selam Britain
berjaya mencegah campur tangan tentera laut Argentina menyebabkan
negara Latin Amerika itu hanya sanggup menyediakan tentera udaranya
sahaja untuk menghadapi Britain.
17. Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi
30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan
menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan
Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut
China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari
perairan Vietnam, Filipina sehinggalah ke Sabah.
http://www.nescafeais.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan