Apa? ingat rambut pun tak boleh nikmati snek ke? Rambut ni penting tau
bagi seorang yang bergelar wanita. Tak kisah lah yang bertudung atau
tidak. Bukan sahaja wanita, lelaki juga pentingkan rambut, kalau tidak
tak adalah nak pergi saloon nak potong rambut ikut ala-ala k-pop....
dari dok cakap banyak, korang rasa apa snek yang bagus untuk rambut ?
Kalau nak tahu, baca nie...
1. Kacang Badam - dilengkapi dengan Vitamin E, yang membantu peredaran darah
yang lebih lancar pada kulit kepala.
2. Pisang - mengandungi asid amino (tryptophan), salah satu asid amino yang
penting dalam pertumbuhan rambut dan untuk tubuh badan manusia. Ianya tidak
dapat dihasilkan oleh sistem badan sendiri jadi kita perlu makan untuk mendapatkannya!
Potassium dalam pisang membantu dalam kelembutan rambut.
3. Kismis - kaya dengan zat besi, kismis membantu dalam pengaliran oksigen ke
dalam salur darah, sekaligus membawa kepada pertumbuhan rambut yang sihat
melalui kulit kepala yang sihat.
4. Prun - Satu lagi sumber zat besi yang banyak, dan membantu dalam mengelakkan
rambut tampak kurang subur, bersinar dan tak bermaya.
5. Susu lembu / kambing asli - Susu daripada lembu atau kambing yang asli
mengandungi Vitamin A dan B12. Ia juga mengandungi biotin, salah satu bahan asas
protein yang membantu dalam memperkuatkan rambut.
izwaniblogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan