Khamis, 17 Januari 2013

Karya Kreatif | Mural Dari Butang Dan Pin

Adakalanya benar apa yang dikatakan oleh pepatah Melayu '' Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia''. Inilah, salah satu contoh kreatif, karya seorang wanita dari Korea Selatan yang mampu membuatkan mulut penduduk dunia ternganga, tergamam melihat keindahan ciptaannya.
 
 
 

Karyawan wanita yang bernama Ran Hwang ini hanya menggunakan pin @ jarum dan butang yang berwarna untuk menyiapkan mural awesome miliknya ini. Berbekalkan ketekunan dan keazaman yang tinggi, beliau memulakan kerja-kerja mural kreatifnya dengan membahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama, beliau memaku ribuan jarum beserta butang yang telah disertakan bersamanya ke dinding. Sementara, langkah kedua pula beliau akan ikatkan beberapa meter benang dari setiap jarum ke jarum berikutnya sebagai proses men touch up kan kekurengan yang terdapat pada gambar.

Beliau yang bekerja di New York, Amerika Syarikat berjaya memenangi pelbagai anugerah semenjak penglibatannya dalam dunia rekativiti ini. Antara anugerah yang paling latest beliau perolehi ialah Anugerah PS122 Studio Residency Program di New York.






Ate.. Hangpa bila lagi ?? Tunjukkanlah kepada dunia apa yang hampa ada. Kasi mulut depa dan mulut Abg Bisu ternganga sebagaimana yang Ran Hwang buat. Selamat mencuba (^_^)

Sumber : Ran Hwang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...