1. Jika si ibu marahkan anak, bapa mesti diam dan jangan campur
tangan semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak
akan hilang rasa hormat terhadap ibu atau bapa yang memarahi anak. Anak
mencontohi apa yang diajar atau dididik oleh ibu bapanya. Apabila
berlaku percanggahan arahan atau peraturan, anak akan menjadi keliru
siapakah yang patut dia patuhi, si ibu atau si bapa?
2. Bapa jangan menengking, mengherdik atau bertengkar dengan Ibu di
hadapan anak-anak. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak-tanduk
ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak
ke atas ibu yang sering ditengking oleh bapa di hadapan anak-anak.
3. Sentiasa masak untuk anak dan ajak anak sama-sama masak atau
makan. Makanan hasil tangan ibu dapat mengeratkan hubungan rohani anak
dan ibu.
4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak.
5. Luangkan masa setiap hujung minggu untuk bersama-sama dengan anak.
Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersiar tidak kira di mana di taman
mahupun di sekitar rumah sahaja. Kerana ini akan membantu mengeratkan
hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak-anak
blogammar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan