Lalu Nabi Daud a.s. berkata-kata pada dirinya sendiri;
Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?Sebaik sahaja Nabi Daud a.s selesai berkata begitu, maka dengan kekusaan Nya, Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s;
Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahi walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.
Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah SWT. Maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right
hootoh.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan