Jumaat, 11 Januari 2013

Ribut Salji Melanda Kota Suci Baitulmuqaddis (12 Gambar)

Ribut Salji Landa Baitulmuqaddis
Ribut Salji Melanda Kota Suci Baitulmuqaddis: Baitulmuqaddis yang lebih di kenali sebagai Jerusalem dan dieja sebagai Baitulmaqdis dalam Bahasa Ibrani dan Al-Quds dalam Bahasa Arab merupakan kota bersejarah paling kontroversi ketika ini dan melibatkan banyak siri pertumpahan darah. Ini ialah kerana termeterainya perjanjian pada tahun 1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota suci ini terbahagi kepada dua. Baitulmuqaddis Barat menjadi milik Kerajaan Israel manakala Baitulmuqaddis Timur (Kota Lama) menjadi milik Kerajaan Jordan. Kemenangan tentera Israel ketika perang tahun 1967 menyebabkan Israel mula menguasai kota ini dan menuntut hak pengishtiharan sebagai ibu negara kepada Israel namun ianya tidak di iktiraf masyarakat antarabangsa.






Berbalik kepada entri asal, baru-baru ini sebuah kejadian yang di sifatkan paling rare telah terjadi di Baitulmuqaddis. Ianya ialah ribut fenomena ribut salji yang merupakan ribut salji paling teruk pernah terjadi dalam tempoh 20 tahun. Ribut salji ini telah menghentikan perkhidmatan kenderaan awam, jalan raya dan juga sekolah. Fenomena ribut salji ini juga menyebabkan sebahagian di antara masyarakat Yahudi Ultra-Orthodox melakukan upacara sembahyang di Tembok Ratapan (Waling Wall) bagi memberikan perlindungan kepada mereka. Salji juga dapat di lihat di Masjid Kubah Al-Sakhrah /Masjid Kubah Emas (Dome Of The Rock). Di Syria pula, konflik perang saudara di antara Regim Bashar Al-Assad dan puak penentang terhenti seketika dan mengambil peluang ini untuk bermain salji. Misalnya di Shaalan, Damascus tentera penentang dilaporkan membina orang salji bersama-sama dengan penduduk tempatan.

ribut salji landa kota suci baitulmuqaddis

 ribut salji landa kota suci baitulmuqaddis

 ribut salji landa kota suci baitulmuqaddis

 ribut salji landa kota suci baitulmuqaddis

 ribut salji landa kota suci baitulmuqaddis Informasi asal:AP/Bernat Armangue/Reuters/Darren Whiteside/AFP/Ahmad Gharabli/EPA/AP /bucublog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...