DUHAI ORANG PEREMPUAN.
Peliharalah dirimu dari imej penggoda. Jadilah....
1. Wanita berwawasan.
2. Bersopan-santun pakaian dan tingkah lakumu.
3. Ingatlah bahawa tangan yang mengoncang buaian bukan saja dapat mengoncang dunia, malah mengoncang iman lelaki.
4.
Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara. Allah Yang Maha Bijaksana
telah menciptakan manusia dgn sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah
menjadikan hambaNya itu berpasang-pasangan.
Lelaki
& wanita yang saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kpd
sebahagian yg lain.Kemuliaan manusia hanyalah dalam agama …. sejauh
mana mereka dapat menta’ati perintah Allah dengan cara Nabi Muhammad
s.a.w. Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada wanita dengan berbagai
kelebihan.
Syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Seorang
wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan,
memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan
masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Abu Nuaim)
Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang
wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan seorang
wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7
pintu neraka & dibuka 8 pintu syurga yg mana dia dapat masuk dari
pintu mana saja tanpa hisab.
"Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.wa bersabda: "Tidaklah
seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi
dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca
"Alhamdulillahi 'alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin" maka
Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat,
aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang
syuhada apabila dia selalu berzikir kepad Allah selama haidnya."
djnorswkfm.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan