Rabu, 16 Januari 2013

Serangan Kupu-Kupu Biru

Bilangannya hampir mencecah ratusan ekor.. Kumpulan kupu-kupu ini akan menyerang mana-mana besi yang menarik perhatiannya. Apabila mereka menghinggapi sesuatu objek berkenaan, bentuk-bentuk unik akan mereka landskapkan. Ada kalanya bentuk bulatan. Adakalanya juga bentuk ombak rindu. Dan adakalanya bentuk rawak. Apakah ini suatu petanda dari mereka? 
 
 
 


Mereka seolah-olah ingin memberitahu sesuatu kepada kita semua. Tetapi, siapakah yang mampu memahami bahasa mereka? Kata orang-orang klasik.. Jika ada haiwan melakukan perkara-perkara pelik, ini bermakna.. Dunia kita akan ditimpa sesuatu. Betul ke? Sejauh mana kebenaran kata-kata mereka itu? Satu kajian harus dilakukan bagi mengkaji sejauh mana kebenarannya.

Akan tetapi.. Kupu-kupu biru yang ditayangkan kepada kalian semua ini bukanlah kupu-kupu asli. Mereka adalah kupu-kupu magnet yang dilekatkan oleh tuan punya idea kreatif iaitu Tasha Lewis. (^_^). Beliau yang mempunyai idea kreatif ini bertanggungjawab menyusun kupu-kupu biru mengikut kehendak hatinya. Hasilnya.. Nah.. Apa yang kalian lihat? Kecantikkan bukan.. HOho !!






 Ada je idea diorang nih.. Hesh!! Kreatif sungguh.

Sumber : the beacon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...