Mari kita baca
fakta mengenai AWACS iaitu pesawat Sistem Kawalan & Amaran Udara
yang digembar gemburkan oleh media barat mempunyai kaitan dengan misteri
kehilangan MH370. Pesawat Sistem Kawalan dan Amaran Udara dalam Bahasa Inggerisnya Airborne Warning and Control System (AWACS)
adalah sebuah pesawat yang direka untuk menjalankan tugas-tugas
pengawasan, dan fungsi-fungsi "arahan dan kawalan" dan "pengurusan
pertempuran".
Pesawat Amaran Awal Udara dalam Bahasa Inggerisnya Airborne Early Warning
(AEW) pula adalah sistem radar yang dibawa oleh pesawat yang direka
untuk mengesan pesawat lain. Digunakan di altitud yang tiggi, radar ini
membantu operator radar untuk membezakan di antara pesawat sekutu dengan
musuh beratus-ratus batu jauhnya. Pesawat
AEW digunakan dalam operasi-operasi pertahanan dan serangan udara.
Sistem ini digunakan untuk membantu mengarahkan pesawat pejuang
menyerang sasarannya, dan mempertahankan diri dari serangan balas.
Pesawat E-3 Sentry milik Tentera Udara A.S.
Isu
pencerobohan ruang udara oleh pesawat perang negara jiran misalnya
semestinya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia. Jika pesawat tentera
atau angkatan udara negara asing mampu memasuki ruang udara Malaysia
'sebebasnya', maka ia adalah sesuatu yang mengaibkan. Ia mempersoal
kemampuan sistem pertahanan Malaysia untuk menangkis dan mencegah
pencerobohan ruang udara negara. Ia membabitkan kedaulatan negara.
Sentry AEW1 milik Tentera Udara Diraja British.
Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) telah lama memohon peruntukan untuk membeli
pesawat AWACS atau Airborne Early-Warning and Control System .
Malangnya,
permintaan TUDM tidak dilulus atau mendapat persetujuan kerajaan, kita
tidak tahu apa alasannya sedangkan kerajaan sanggup membelanjakan wang
rakyat untuk tujuan-tujuan lain termasuk sistem MRT di Lembah Klang.
Kita ingin tahu sama ada MRT itu lebih utama dan jauh lebih penting
daripada kehendak atau keperluan pertahanan seperti AWACS?
Kerajaan mesti
melengkapi ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera dengan aset-aset canggih
dan selari dengan kehendak dan keperluan semasa. Sistem radar yang ada
tidak memadai untuk mengawasi ruang udara yang begitu luas merentasi
Laut China Selatan dari Semenanjung ke Borneo.
TUDM
benar-benar perlu memiliki AWACS untuk meningkat keupayaan, kecekapan
dan kemampuan melindungi negara dari ancaman musuh melalui udara.
Kerajaan tidak boleh mempersalahkan TUDM jika sesuatu yang tidak
diingini berlaku kerana ia gagal melengkapi TUDM dengan aset yang
diperlukan.
E-767 AWACS Tentera Pertahanan Diri Udara Jepun.
Menurut
laporan, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya enam buah AWACS untuk
melengkapi aset pertahanan udara yang canggih. Malaysia memiliki pesawat
canggih seperti SU-30MKM, MIG-29N, F/A-18D Hornets, Hawk dan F-5E Tiger
dan sistem penangkis pesawat termasuk peluru berpandu. Namun demikian,
ia tidak memadai tanpa AWACS.
Di kalangan
negara-negara ASEAN, hanya Singapura memiliki AWACS, iaitu jenis Grumman
E-2 Hawkeye sebanyak empat buah dan telah menempah pesawat G550 Phalcon
dari Israel untuk mempertingkat kawalan dan sistem amaran awal dari
udara. Walaupun sebuah negara pulau yang kecil, Singapura sedar akan
kepentingan AWACS memandangkan negara itu adalah sebuah ekonomi yang
bergantung sepenuhnya kepada perdagangan. Singapura ingin melihat
laluan-laluan laut dan udara ke republik itu selamat dan bebas daripada
sebarang ancaman. Oleh itu, pengawasan dari udara amat penting.
Apabila pesawat
E-2 Hawkeye Singapura lepas landas dari pangkalannya di Paya Lebar,
sistem radarnya mampu meliputi kawasan luas sehingga ke Kuantan,
Pahang, sesuatu yang tidak mampu diliputi oleh kebanyakan sistem radar
daratan. Begitulah pentingnya AWACS untuk mengawasi ruang udara sesebuah
negara.
Jiran kita di
sebelah utara, Thailand juga telah memesan sekurang-kurangnya 10 AWACS
jenis SAAB S-1000 Erieye manakala Indonesia juga berminat untuk memiliki
AWACS.
AWACS adalah
aset yang amat perlu dimiliki oleh Malaysia dan kerajaan seharusnya
memperbetulkan keutamaan keperluan pertahanan dengan meluluskan
permohonan TUDM untuk membeli AWACS sama ada yang bersaiz besar seperti
E-2 Hawkeye ataupun sederhana seperti Saab S-1000 Erieye.
Konsep
pertahanan menyeluruh yang diamalkan oleh Malaysia semestinya menyeluruh
dalam erti kata sebenar dan untuk menjadikannya kenyataan, maka TUDM
semestinya memiliki pesawat AWACS.
Pesawat SAAB 340 Erieye.
Pesawat AWACS Phalcon 707 'Condor' milik Tentera Udara Chile.
Senarai Pesawat AEW&C
Avro Shackleton
PB-1W Flying Fortress
Beriev A-50
Boeing 737 AEW&C
Boeing E-767
E-1 Tracer
E-2 Hawkeye
E-3 Sentry
TBM-3W2 Avenger
EC-121 Warning Star
Fairey Gannet
Gulfstream G550
KJ-1 AEWC
KJ-2000
Neptune MR.1
Saab 340
Saab 2000
Tupolev Tu-126
Tiada ulasan:
Catat Ulasan