Selasa, 1 April 2014

Kepakaran Nabi Dan Rasul Kita Dalam Ilmu Sains

Kepakaran Nabi Dan Rasul Kita Dalam Ilmu Sains  
Kepakaran Nabi Dan Rasul Kita Dalam Ilmu Sains | Tanpa ilmu, siapalah kita untuk mencipta sesuatu benda dan menjalani hidup ini dengan sempurna. Syukur Alhamdulillah kita dilahirkan dengan ilmu yang melimpah ruah. Bertapa luasnya Ilmu Allah. Bagaimana ilmu sains boleh wujud di dunia ini? Siapakah pelopor kewujudan ilmu ini? Ini adalah sedikit fakta mengenai Nabi-nabi yang memiliki ilmu sains hasil petunjuk yang di turunkan oleh Allah S.W.T.
 
Sains Nabi Adam
Bapa pelopor dan perintis ilmu sains.
Menurut Ibnu Kathir, Allah S.W.T mengajar Nabi Adam melalui malaikat Jibril kaedah menanam pokok dan membuat besi.
Nabi Adam mempunyai ilmu yang lengkap merangkumi pengiraan, kemahiran, keimanan, dan keduniaan.
Nabi Adam mahir dalam pelbagai bahasa yang kemudiannya tersebar ke seluruh dunia.
 
Sains Nabi Syith
Baginda merupakan anak kepada Nabi Adam. Oleh itu ilmu sains Nabi Adam telah diwarisi oleh nabi Syith.
Baginda pakar dalam bidang perubatan.
Baginda juga pelopor kepada ilmu astrinomi yang kemudiannya diwarisi oleh ilmuan Mesir, Yunani, dan Babylon.
 
Sains Nabi Idris
Baginda pakar dalam bidang astronomi, perubatan, matematik, dan teknologi bangunan.
Beliau juga merupakan manusia pertama yang menulis menggunakan pen untuk menulis.
Nabi Idris terkenal sebagai Nabi yang pandai membaca dan menulis, menggunting dan menjahit pakaian dari kulit binatang.
Menurut Ibnu Kathir, Nabi Idris adalah orang pertama memakai baju yang berjahit dan menggunakan kulit binatang sebagai pakaian.
 
Sains Nabi Nuh
Nabi Nuh memiliki ilmu fizik dan matematik yang tinggi.
Nabi Nuh memiliki ilmu pelayaran dan merupakan nakhoda yang cekap.
Beliau juga memiliki kemahiran dan teknologi membuat kapal.
Baginda memiliki ilmu sains bahan iaitu sains kayu dan logam besi.
Nabi Nuh memiliki ilmu tumbuh-tumbuhan dan pertanian.
Nabi Nuh memiliki ilmu teknologi pemprosesan kayu dan logam.
Segala ilmu yang dimiliki oleh baginda adalah daripda wahyu Allah S.W.T
 
Sains Nabi Hud dan Salleh
Nabi Hud dan Salleh pakar dalam teknologi bangunan.
 
Sains Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim pakar dalam bidang astronomi.
 
Sains Nabi Sulaiman
Baginda mahir dalam bahasa haiwan dan binatang.
Nabi Sulaiman dikurniakan ilmu mengenai tembaga.
 
Sains Nabi Isa
Nabi Isa pakar dalam ilmu perubatan.
 
Sains Nabi Muhammad S.A.W
Baginda memiliki semua ilmu sains. Hal ini kerana Nabi Muhammad S.A.W dianugerahkan sebuah kitab Al-Quran yang terkandung sumber segala ilmu pengetahuan.
Terdapat 6666 petunjuk di dalam Al-Quran dan daripada jumlah tersebut lebih daripada 1000 petunjuk berkaitan dengan ilmu sains.
Nabi Muhammad S.A.W juga pakar dalam bidang geologi dan perubatan.
 
MasyaAllah..SubhanaAllah.. Allahuakbar.. Begitu hebatnya Nabi-nabi kita dan begitu Hebatnya Ilmu Allah ini. SubhanaAllah…Kita patut berbangga dan mempelajari ilmu-ilmu yang diajarkan kepada kita sejak dahulu lagi dan berpeganglah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.. In shaa Allah..hidup pasti berjaya dunia dan akhirat… Wallahualam
 
 blog3dalam1.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...