Benarkah binatang yang dikorbankan itu merasakan sakit?
Sebuah kajian menunjukkan binatang yang disembelih secara syariat Islam tidak merasakan sakit sama sekali.
Kajian ini dilakukan
oleh dua orang kakitangan ladang dari Hannover University, sebuah
Universiti terkemuka di Jerman iaitu Prof Wilhelm Schulze dan rakannya
Dr. Hazim. Mereka memimpin sebuah kumpulan kajian berstruktur untuk
menjawab soalan:
Manakah yang lebih baik dan paling tidak sakit?
1. Menyembelih secara syariat islam yang murni / menggunakan pisau tajam ?
2. Menyembelih dengan cara barat dengan kaedah pengsan/dipukul kepalanya?
Mereka merancang sebuah kajian dengan menggunakan sekumpulan lembu yang cukup umur (dewasa).
Pada permukaan otak
kecil lembu-lembu itu dipasang elekroda (microchip) yang disebut Electro
Encephalograph (EEG). EEG dipasang dipermukaan otak yang menyentuh
titik (panel) rasa sakit bagi merakam dan mencatat darjah rasa sakit
ketika disembelih.
Dijantung lembu-lembu
itu juga dipasang Electro cardiograph (ECG) untuk merakam aktiviti
jantung saat darah keluar kerana disembelih.
Untuk mendapatkan data
lebih tepat lembu tersebut dibiarkan menyesuaikan diri dengan EEG dan
ECG yang telah dipasang di tubuhnya selama beberapa minggu. Setelah masa
yang diadaptasi dianggap cukup, separuh lembu disembelih mengikut
syariat islam dan selebihnya disembelih dengan menggunakan kaedah mesin
yang digunakan oleh pihak barat.
Dalam syariat islam
penyembelihan dilakukan dengan pisau yang tajam dengan memotong 3
saluran pada leher iaitu: saluran makan, saluran pernafasan serta dua
saluran pembuluh darah iaitu arteri karotid dan urat jugular.
Syariat Islam tidak
mengesyorkan kaedah mesin iaitu dengan cara memastikan lembu tersebut
pengsan terlebih dahulu sebelum disembelih.
Dari hasil kajian prof Schultz dan Dr Hazim di Hannover University Jerman dapat diperoleh kesimpulan bahawa:
Penyembelihan menurut syariat islam/menggunakan pisau tajam menunjukan:
Pertama: Pada 3
saat pertama selepas ternakan disembelih (dan ketiga saluran pada leher
lembu bahagian depan terputus) tercatat tidak ada perubahan pada graf
EEG, hal ini bermakna pada 3 saat pertama selepas disembelih tidak ada
indikasi rasa sakit.
Kedua: pada 3
saat berikutnya, EEG pada otak kecil merakam adanya penurunan grafik
secara beransur-ansur yang sangat mirip dengan kejadian deep sleep
(tidur nyenyak), sehingga lembu-lembu tidak dalam keadaan sedar. Pada
masa tersebut tercatat pula ECG bahawa jantung mula meningkatkan
aktivitinya.
Ketiga: Setelah 6
saat pertama ECG pada jantung merakam adanya aktiviti luar biasa dari
jantung untuk menarik sebanyak mungkin darah dari seluruh anggota badan
dan mengepamnya keluar.
Hal ini merupakan
refleksi gerakan koordinasi antara jantung dan saraf tunjang (spinal
cord). Ketika darah keluar melalui ketiga saluran yg terputus di
bahagian leher, grafik EEG tidak naik tetapi turun kepada zero level
(angka sifar). Hal ini diterjemah oleh kedua-dua pengkaji tersebut "No
Feeling of pain at all!" (Tidak ada rasa sakit sama sekali)
Keempat: Oleh
kerana darah tertarik dan dipam oleh jantung keluar tubuh secara
maksimum, maka dihasilkan "healthy meat" (daging yang sihat)
Jenis daging dari hasil sembelih sangat menepati prinsip Good Manufacturing Practise (GMP) yang menghasilkan Healthy Food!
Secara pengsan/ dibius / disetrum / dipukul kepalanya dengan Barat:
Pertama: Setelah
dilakukan proses Stunning (pengsan), lembu terhuyung jatuh & collaps
(roboh), selepas itu lembu tidak bergerak lagi, sehingga mudah
dikendalikan, Oleh kerana itu lembu dengan mudah disembelih tanpa
meronta-ronta dan seolah-olah tanpa mengalami rasa sakit. Pada saat
disembelih darah yang keluar hanya sedikit tidak sebanyak bila
disembelih tanpa proses stunning.
Kedua: selepas
lembu pengsan, tercatat adanya kenaikan yang sangat ketara pada grafik
EEG. Ini menunjukkan adanya tekanan rasa sakit oleh ternakan (kerana
kepalanya dipukul sehingga jatuh pengsan)
Alatan yang digunakan:
Setrum, bius, mahupun dengan cara yang mereka anggap paling baik memukul
bahagian tertentu di kepala ternakan dengan alat tertentu. Alat yang
digunakan adalah Captive Bolt Pistol (CBV)
Ketiga: Grafik
EEG meningkat dengan gabungan grafik ECG yang jatuh kepada aras paling
bawah dan akibatnya jantung kehilangan keupayaan untuk menarik darah
dari seluruh organ tubuh serta tidak lagi mampu mengepam keluar dari
tubuh.
Keempat: Kerana
darah tidak tertarik dan tidak dipam keluar tubuh secara maksimum, maka
darah itupun membeku di dalam urat/saluran darah dalam daging sehingga
menghasilkan "unhealthy meat" (daging yang tidak sihat) dan tidak sesuai
untuk dijadikan makanan.
Timbunan darah beku yang
tidak keluar apabila ternakan mati/disembelih merupakan tempat atau
medium yang sangat baik bagi bakteria pengurai bertumbuh yang boleh
merosakkan kualiti daging.
Meronta-ronta dan otot
tegang ketika ternakan disembelih bukannya ekspresi rasa sakit. Sangat
jauh berbeza dengan dugaan kita sebelumnya. Bahkan mungkin sudah lazim
menjadi keyakinan kita bersama, bahawa setiap darah yang keluar dari
anggota tubuh yang terluka pastilah disertai rasa sakit & sakit,
terlebih lagi yang terluka adalah leher dengan luka terbuka.
Hasil kajian Prof
Schultz dan Dr Hazim membuktikan sebaliknya. Yakni pisau tajam yang
menghiris leher (mengikut syariat Islam dalam penyembelihan ternakan)
ternyata tidaklah "menyentuh" saraf rasa sakit.
Oleh kerana itu,
keduanya membuat kesimpulan bahawa lembu meronta-ronta bukanlah sebagai
ekpresi rasa sakit melainkan sebagai ekpresi 'keterkejutan otot dan
saraf' saja (iaitu pada saat darah mengalir keluar dengan deras),
mengapa demikian? Hal ini tentulah tidak terlalu sukar untuk dijelaskan
kerana EEG tidak dapat membuktikan dan juga tidak menunjukan adanya rasa
sakit.
Jelas bukan, bahawa
secara ilmiah jelas menunjukkan penyembelihan secara syariat Islam lebih
maslahat. Apalagi kita dianjurkan untuk menajamkan pisau untuk
mengurangkan rasa sakit haiwan semasa proses sembelihan.
Sabda Nabi "Sesungguhnya
Allah menetapkan ihsan (kebaikan) pada segala sesuatu. Maka jika kalian
membunuh hendaklah kalian berbuat ihsan dalam membunuh, dan apabila
kalian menyembelih maka hendaklah berbuat ihsan dalam menyembelih.
(Iaitu) hendaklah salah seorang dari kalian menajamkan pisaunya agar
meringankan binatang yang disembelih. ".
Allah Maha Besar
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com menerusi detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan