So, sapa nk berniaga tu, bolehlah cuba2 nasib yer... ni resipinya. CK copypaste dari kelab roti
DOH✏️
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan
yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya
kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
INGAT..cara ulinya
jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de
washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik
menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli,
biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like
dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik,
tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak
dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat
di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan
almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali
lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api
atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:- 1) doh
memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak
masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih
kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven
benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama
kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight
container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila
semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas,
sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTE:- Make sure
semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau
di tinggalkan.Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
cendanakasih.blogspot.com
Tkasih berkongsi resepi
BalasPadam