Khamis, 2 Oktober 2014

Teknik mengaburkan rumah anda di Google Street View (2 Gambar)


Umum ramai ketahui, kini Google Street View telah berada di Malaysia. Dengan hanya berpandukan Google Map anda mampu menjadi seorang stalker terhebat orang yang anda minati kerana boleh melihat bentuk rumah dan situasi di hadapan rumah mereka.

Tapi bagaimana kalau anda pula diminati oleh mereka yang pelik seperti ini? Jika anda perlukan privasi dan tidak mahu rumah anda menjadi sasaran peminat pelik, maka segeralah laporkan kepada pihak Google supaya mereka dapat mengaburkan imej rumah anda.

Bagaimana caranya? Lihat langkah-langkah di bawah




  1. Buka laman Google Maps.
  2. Tarik dan letakkan logo Pegman (watak kuning Street View) untuk mengakses fungsi Street View
  3. Cari gambar yang ingin anda kaburkan.
  4. Pada bahagian bawah sebelah kanan anda akan menemui butang “Report Inappropriate Street View” dan tekan butang “Submit”.
  5. Pihak Google kini akan memproses permintaan anda. Sekiranya alamat Emel disertakan pihak Google juga akan menghantarkan mesej kepada anda selepas imej diubah mengikut kehendak anda.
 
mediamalaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...