Gambaran Hati Manusia
Gambaran Hati Manusia
Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Ianya adalah organ hebat yang mempengaruhi pemikiran dan emosi kita . Jika
hati seseorang itu diisi dengan sifat yang baik maka hebatlah seluruh
anggota badannya dan baiklah akhlaknya Namun jika hati kita telah
dikotori dengan sifat keji maka rosaklah peribadi dan akhlak kita.
Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'
Kita selalu
berkata atau dengar orang berkata, hati manusia tiada siapa yang tahu.
Sebenarnya kita salahkan. Isi hati manusia akan tergambar dari perbuatan
dan sikap kita. Segala sikap dan perbuatan kita adalah translasi dari apa yang ada dalam hati kita.
7 Cara Mencuci Hati
1. Hati dicuci dengan rasa penyesalan. Menyesal daripada pelbagai kesalahan dan kerana meninggalkan kebaikan.
2. Hati harus dicuci dengan taubat nasuha. Bersungguh-sungguh dan bertekad tidak akan mengulanginya. Jika perlu taubat itu disertai dengan puasa tiga hari sebagai bukti kesungguhan, selain membiasakan solat malam.
3. Hati harus dicuci dengan meninggalkan cinta dunia. Cinta dunia mengakibatkan perbuatan yang salah seperti menipu, curang, rasuah dan sebagainya.
4. Hati dicuci dengan menjauhkan diri daripada sukakan kekuasaan. Sesungguhnya kekuasaan sering menyibukkan manusia dan memalingkannya daripada Allah Yang Maha Kuasa.
5. Hati harus dicuci dengan meninggalkan perasaan suka dipuji. Pujian seringkali menenggelamkan manusia dalam sifat keAkuan yang mengakibatkan kesombongan yang luar biasa.
6. Hati dicuci daripada dendam. Meninggalkan dan melupakan dendam kesumat secara automatik akan memberikan kepada seseorang itu ketabahan dan kesabaran menghadapi cubaan dan rasa sakit daripada orang lain.
7. Hati dicuci dengan meninggalkan hasad dengki yang sudah pastinya sangat berbahaya. Bahaya hasad adalah seperti bahayanya api yang dengan cepat membakar kayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan