Ahad, 12 Mei 2013

Beza Ubat dan Vitamin

Ramai di kalangan kita keliru antara Vitamin dan Ubat.Entry kali ni sy nk discuss tentang 2benda alah ni.

1.Definisi Vitamin
Vitamin maksudnya BAHAN ORGANIK yang SANGAT DIPERLUKAN oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, PENGAWALAN KESIHATAN, dan PENCEGAHAN PENYAKIT. Vitamin biasanya disebut sebagai MIKRONUTRIEN. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
 
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
(sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Vitamin)





vitamin                    Antara vitamin2 yang diperlukan oleh badan kita.

2. Definisi Ubat

Ubat ialah DADAH atau bahan yang diambil untuk MENGURANGKAN SIMPTOM atau MENGUBAT SAKIT. Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan;

(1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di FARMASI dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan

(2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan.

ubat kurus                                    Gambar hiasan : contoh ubat

Dari definisi sahaja kita dah boleh BEZAKAN antara VITAMIN dan UBAT. Ubat ialah dadah!!Sanggup ke nak amek dadah selalu untuk rawat sakit2 yang simple??Kesian kat badan kita..bila dadah masuk ke dalam badan,badan perlu bekerja kuat untuk menyahtoksin.Sakit yang simple seperti demam, batuk, selsema, pening kepala, keracunan makanan, muntah-muntah dan sebagainya semuanya BERPUNCA dari faktor fizikal dan kimia di sekitar kita. Faktor fizikal ialah suhu, tekanan, tekanan osmotic (osmotic pressure) dan cahaya manakala faktor kimia pula ialah pH balance dan chemical composition in the internal environment (keseimbangan cecair dalam badan kita).

Bila dua2 faktor kimia dan fizikal imbalance badan kita mudah diserang penyakit2 seperti di atas.So camane nak mencegah nya??

1. Makanla MAKANAN yang SEIMBANG –>mengikut Piramid Makanan.

2.JANGAN makan makanan yang terlalu banyak MSG atau perisa/pewarna tambahan.

3. BANYAKKAN minum air; at least 2liter sehari.

4. BERSENAM!!

5. Makan BANYAK buah-buahan –>sumber Vitamin Semulajadi

6. Ambil SUPPLEMENT!! –>for nowadays’ life,Vitamin Helps a lot in maintaining Healthy LifeSytle.PERCAYALAH!!

piramid makanan                              SKIM PIRAMID untuk cepat SIHAT :-)
ok tue je dulu stakat ni..klu nk citer bab2 camni satu entry tak cukup.Nanti letih korang baca. Saya bukan nk mengajar subjek BIOLOGI kat entry ni.hehehe..apepon..BIOLOGY is my life.next entry nk citer pasal HOMEOSTASIS la plak..camane keseimbangan dalam badan boleh mengelakkan diri kita dari sebarang penyakit.InshaAllah..bukan ke mencegah itu lebih baik dari MERAWAT?

Jom Amalkan Vitamin untuk KESIHATAN berpanjangan .

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT..hindari UBAT selagi BOLEH!
 http://vitaminsite.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...