San Pedro
merupakan penjara terbesar di La Paz, Bolivia dengan tahanan sebanyak
1500 orang di dalamnya. Uniknya, para tahanan di sini memiliki sistem
komuniti tersendiri sepertimana kehidupan normal di luar penjara.
Di dalam kompleks penjara ini terdapat restoran, pasar, supermarket,
salon rambut,malah hotel yang dikelola sendiri oleh para tahanan.
Kehidupan di sini sememangnya bebas tanpa diawasi oleh pegawai penjara
dan tanpa campur tangan polis Bolivia dengan segala hal yang terjadi di
dalam penjara (kecuali jika berlaku rusuhan besar-besaran).
San Pedro memiliki sistem pemerintahan sendiri. Seorang pemimpin akan
dipilih secara demokratik. Sekiranya terjadi masalah, peraturan dan
hukuman yang telah ditetapkan oleh para tahanan inilah yang akan
berlaku. Sehingga apabila seorang tahanan dianggap keterlaluan, maka
para tahanan yang lain akan bertindak.
Namun, di dalam penjara ini, para tahanan harus membayar untuk sel
mereka, tidak kira betapa kecil atau kotornya sel yang mereka diami.
Penjara San Pedro terbahagi kepada 8 bahagian, mulai dari bahagian
paling kumuh dan kotor sehinggalah yang paling mewah. Tahanan yang
sanggup membayar mahal dapat tinggal di bahagian yang mewah.
Tidak menghairankan bagi para banduan yang kaya, sel (tanpa jeriji besi)
dilengkapi dengan tandas peribadi, dapur sendiri, TV kabel, bahkan
jakuzzi! Tetapi bayaran sewanya pun mahal. Tahanan yang ingin tinggal di
dalam sel mewah seperti ini harus membayar sekitar USD 1000 hingga 1500
(sekitar RM 3000 – RM 4500) sepanjang masa tahanan mereka.
Seperti disebutkan sebelumnya, tanpa adanya pegawai penjara bererti
tiada makanan penjara yang percuma diberikan. Banduan di sini harus
bekerja seperti kehidupan normal. Itulah sebabnya ramai yang membuka
perniagaan sendiri seperti kedai makan, salun dan sebagainya malah ada
yang menggaji tahanan lain sebagai pekerja mereka. Gaji yang diperoleh
digunakan untuk membeli makan, membayar sewa tempat dan kegunaan
lainnya.
Tahanan di San Pedro boleh membawa anak dan isteri untuk hidup bersama.
Sebuah data menunjukkan terdapat sekitar 200 anak yang tinggal dengan
ayah mereka yang menjadi tahanan di dalam penjara San Pedro.
Lagi gambar-gambar menarik:
billyinfo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan