Seorang ketua supervisor yg telah berkhidmat melebihi 30 tahun di dlm
sebuah syarikat ‘property developer’ ingin bersara dan mengemukakan
surat permohonannya kepada majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju
menerima permohonan persaraannya tetapi dengan syarat ketua supervisor
tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek rumah. Ketua supervisor
dgn berat hati bersetuju.
Kerana tidak sabar utk bersara cepat maka projek rumah tersebut
dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya. Setelah siap rumah
tersebut, terkejut ketua supervisor apabila dimaklumkan rumah itu
sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya. Amat menyesal dalam hati
ketua sepervisor tersebut kerana tidak membina rumah yg bakal
didudukinya dengan sebaik mungkin.
Saudaraku yang seakidah, sebenarnya, inilah yang akan terjadi pada
setiap dari kita. Sebenarnya kita sekarang sedang membangun TEMPAT
TINGGAL kita di akhirat… Kita beribadah untuk Allah semata-mata, tapi
pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali
tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yg sangat-sangat
memerlukan Allah.
Ingatlah, sebenarnya dengan SHOLAT dan IBADAH kita, kita sedang
membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri. Jika kita membangunnya dengan
sambil lewa, maka jadinya akan seadanya. Jika kita membangunnya dengan
sebaik-baiknya, maka jadinya akan sesuai usahanya.
Allah ta’ala berfirman:
“Barangsiapa beramal soleh, maka itu untuk DIRINYA SENDIRI, dan barangsiapa berbuat buruk, akibatnya pun untuk DIRINYA SENDIRI. Tuhanmu bukanlah Dzat Yang Menzalimi para hamba-Nya.” -Fush-shilat: 46
Renung-renungkanlah.
Wallahuaklam.
http://islammy.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan