Selasa, 8 April 2014

Terbaru BMW Memperkenalkan Model BMW X5, Mewah, Sporty dan Moden,


Model BMW X5

BMW Group Malaysia
 telah memperkenalkan model peneraju dalam segmennya, Sports Activity Vehicle (SAV) premium generasi ketiga, BMW X5 Serba Baharu.
Ditawarkan dalam dua varian iaitu BMW X5 xDrive35i dan BMW X5 xDrive30d, BMW X5 Serba Baharu telah menetapkan satu penanda aras baru dalam aspek pemanduan kenderaan sport aktiviti premium.
 
Antara ciri-ciri uniknya adalah
 
 
  • Lampu Adaptive LED dan lampu kabus LED
  • Ciri-ciri aerodinamik tersendiri seperti tirai udara (Air Curtains) pada apron hadapan, Air Breathers pada dinding sisi dan bilah udara (Aeroblades) di bahagian belakang kenderaan yang digabungkan secara harmoni  untuk mengurangkan daya seretan.
  • Elemen pelindung pada bahagian bawah kenderaan yang diperbuat daripada besi tahan karat, kemasan pada corong kemasukan udara, bilah-bilah gril, kemasan belakang berwarna Matte Silver serta BMW Individual Exterior Line berwarna satin Aluminium.
  • Dijana oleh teknologi BMW TwinPower Turbo yang telah memenangi pelbagai anugerah dan dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan sebagai ciri standard.
  • BMW X5 xDrive35i Serba Baharu dilengkapi dengan enjin petrol enam silinder sebaris yang berupaya menjana kuasa sehingga  225 kW / 306 hp dengan tork maksimum 400Nm. Kuasa ini membolehkan enjin mencatat pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 6.5 saat, rekod penjimatan bahan api 8.5 liter bagi setiap 100km dan emisi C02 cuma 199 gram untuk setiap 100 kilometer.
  • BMW X5 xDrive30d Serba Baharu pula dikuasakan oleh unit enjin diesel enam silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 190 kw / 258 hp dan tork puncak 560Nm. Kuasa ini membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.9 saat dengan kadar emisi karbonnya dikurangkan kepada 164g/km dan penggunaan bahan api lebih rendah iaitu 6.2 liter bagi setiap 100 kilometer.
  • Konfigurasi 40/20/40 pada tempat duduk belakangnya dan kapasiti kargo lebih besar iaitu 1,870 liter, penambahan sebanyak 120 liter berbanding dengan model sebelumnya.
  • Dilengkapi dua tempat duduk tambahan yang dipasang pada kerusi baris ketiga, dan menukarnya menjadi kenderaan berkapasiti tujuh tempat duduk.
  • Menggunakan teknologi LED yang menawarkan ambien mewah di dalam kenderaan
  • BMW X5 Serba Baharu kini dipasang dengan Head-Up Display BMW yang berwarna (hanya terdapat pada varian X5 xDrive35i) yang memaparkan maklumat relevan dalam medan penglihatan pemandu, untuk membolehkan pemandu kekal fokus ke arah jalan di hadapan.
  • Sistem bantuan pemandu yang kini merangkumi ciri Anti-dazzle High-Beam Assistant. Fungsi ini membolehkan pemanduan pada waktu malam menjadi lebih menyenangkan dan selamat apabila jalan raya disuluh dengan pancaran cahaya lampu tinggi secara optimum tanpa menyilaukan pengguna jalan raya yang lain.
BMW 04Model BMW X5
X5 baru boleh didapati untuk tempahan dari hujung minggu ini di seluruh pengedar di seluruh negara.Anggaran harga runcit di jalan raya tanpa insurans untuk BMW X5 35I adalah pada RM598, 800 dan 30d X5  dijual  dengan harga RM558 , 800.
 
BMW X5 Serba Baharu didatangkan dalam warna putih (Alpine White), kelabu (Space Grey) dan hitam (Black Sapphire). Sementara warna coklat (Sparkling Brown) dan kelabu (Sophisto Grey) adalah warna tambahan eksklusif untuk BMW X5 xDrive35i Serba Baharu. Warna perak (Glacier Silver) pula menjadi warna eksklusif untuk BMW X5 xDrive30d Serba Baharu.
 
BMW X5

[Via]Wanista / klik ajer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...