Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan
terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini.
Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk
baca.
Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut
aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita
dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen
tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.
1. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk
tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz
bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga
sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma.
Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami
anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja
yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.
2. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala,
sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7
subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang
dinamakan tudung sarung nangkayang semakin menjadi aliran muslimah masa
kini. Ikut artis katakan…
3. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang
sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung
bonggol unta.
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka
yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang
mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul
orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,
berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala
mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang
senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan
dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah
tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]
4. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah
rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan
ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok.
Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai
tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab
ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…
5. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak
terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady
Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…
6. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti
jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk
dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus
memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Pakai la tudung
yang elok-elok macam Wardina ke, Isma ke.
7. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut
hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini
tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah
menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera
suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera
saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau
wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap
wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai
orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]
amekaw
Tiada ulasan:
Catat Ulasan