Rabu, 8 Mei 2013

8C Yang Dibenci Suami

8C  DiBENCI Suami  -  Dr Fadzillah Kamsah
C1. CABAR


Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami jangan sesekali kata“Kalau awak berani cubalah cari 
perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI…
nanti suami buat betul-betul isteri jugayg putih mata…erk!
 
 


C2. CABUL


Cabul membawa maksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. 
Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan
(isteri hilang sifat malu)
seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada
mertua terutamanya..

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas

cakap pada suami sehingga membuat 
suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. 

Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan 
serta tindak-tanduknya. 
Contohnya, 
isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. 
Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… 
Jadi moralnya- Jom!
Praktik  berhias untuk suami..:)



C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. 

Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. 
Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja atau di mana jua suami berada. 
Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime 
dah syak yg bukan2…
(Saranan ini sesuai untuk si suami yang 
tahu tanggungjawabnya..baik...mithali gituu....)


C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. 

Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, 
isteri nak tempat yang class2 aje. 
Restoran nak ada air-cond aje.!
( Agaknya mesti si isteri yang high taste
...tak semua beb! )



C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… 

anak dah masuk longkang 
tapi mak masih lepak depan tv lagi….!!!!Adusss...

C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. 

Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. 
Ini akan membuatkan mereka benci kerana
situasi sebegini...




JADI INGATLAH WAHAI ISTERI....

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat 

suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
Renungkanlah…..
dari Dr Fadillah Kamsah

 
 http://www.loveloveislam.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...