Rabu, 6 Ogos 2014

Tarbiyah Cinta Dari Allah


Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah,ucapkan syukur atas nikmat yang di beri. Marilah berselawat ke atas ke Nabi Muhammad saw. Rasanya dah lama tak bercerita dan berkongsi dengan pembaca blog ini yang hantar email. Sebelum raya masa itu ada seseorang yang menghantar email dan ingin berkongsi cerita.

Assalamuaikum acik, minta maaf jika menganggu acik,rasanya dah lama ingin berkongsi dengan acik. Baru sekarang berkesempatan. Sebelum itu saya perkenalkan diri saya Hazman .
 

Acik : Walaikumusalam tak menganggu pun hazman. Boleh la berkongsi cerita dengan kami dan semoga menjadi tauladan yang bermakna.

Hazman : Ceritanya bergini acik, saya akui saya banyak kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan. Saya berasal dari kampung apabila datang ke ibu kota untuk belajar tetapi saya hanjut dek kerana kemanisan sementara di dunia ini. Dalam hidup saya ,berkali di tipu dan di tinggalkan perempuan jadikan saya serik untuk bercinta. Tetapi saya juga ingin di cintai sepertimana orang lain. Dan saya hanya mengambil kemanisan cinta tersebut. Kalau saya tak suka lagi dengannya saya tinggalkan dia. Saya banyak lukakan hati orang ya Allah banyak dosa saya.Saya banyak menyakiti orang yang sayang pada saya.

 Acik : Dalam hidup ini kita mempunyai pilihan kita, jadi pilihlah sesuatu yang baik .Alhamdulilah kamu dah sedar dan apa yang buatkan kamu sedar perbuatan kamu ?

 Hazman : Saya akui saya terlalu angkuh kerana saya di minati oleh ramai wanita.Suatu hari,saya jatuh cinta pada seorang wanita. Dia banyak bagi nasihat pada saya.  Kata-kata dia yang tak dapat di lupakan ialah " Jagalah hati & perasaan orang yang sayang kita kerana rasa sayang itu tidak hadir berkali-kali. Jagalah cinta kerana Allah, maka cinta itu akan sentiasa di bawah lindungannya. Saya rasa bersalah kerana berkali dia di serang oleh perempuan yang pernah saya sakiti. Dia pergi tinggalkan saya selamanya, kami pernah terlibat dalam kemalangan dan dia yang paling teruk kecedera. Dia memberi kesan yang mendalam hidup saya acik. Saya dah berubah acik, saya dah tak macam dulu.Saya berharap lelaki di luar sana tak jadi seperti saya. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

Acik : setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ianya salah satu tarbiyah Allah untuk kita agar kita menjadi insan lebih baik.  Didikan atau sentuhan kasih dari Tuhan. Dari hati yang kasar menjadi lembut. Dari rasa diri yang bongkak menjadi tawaduk. Dari jiwa yang lupa akhirnya ingin kembali semula kepada sang Pencipta. Benar. Tarbiyah itu harus dirasai sakit dan peritnya dahulu maka barulah dapat mengenal erti sebuah kemanisan iman.

Bilamana Allah telah memilih kita untuk ditarbiyah dengan cintaNya, maka bersyukurlah kerana kita telah terpilih untuk berada dalam golongan orang-orang yang dicintai di sisiNya.

 Sesungguhnya Allah mentarbiyah hambanya setiap masa. Tetapi tidak semua dapat merasai manisnya tarbiyah cinta Allah. Andai diri tidak melihat dengan mata hati. Andai diri tidak dididik dengan iman yang sejati pasti akan berkeluh kesah dan merasa derita. Bukan mudah mengharungi ujianNya. Bukan mudah menerima setiap dugaan yang datang bertimpa-timpa. Namun duhai diri, sentiasalah berpesan kepda dirimu sendiri.

“Innalillahi wainna ilaihi rajiun-(kita milik Allah dan hanya kepadaNya kita kembali)”

Sungguh, acik amat menyukai patah kalimah agung ini. Kerana dengan sepatah kalam ini akan sentiasa mengingatkan diri kita cuma milik Tuhan. Oleh itu, berhaklah Dia menguji. Berhaklah Dia menduga.Ambil cerita sebagai pengajaran dan baiki diri kita ini.
http://www.akupenghibur.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...