Kisah Sedih Seorang Suami Yang Hanya Bergaji RM3000 Sebulan -
30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar
bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 ,
bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 ,
ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta
menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah
anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik
kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri
satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur
byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak
laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan?" Suami
mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk
makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi
minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak
tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi
berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm
50.00 untuk barang basah..
setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dengan
suami hanya tinggal gaji yang baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00
sahaja.Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil kebil
mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat
gaji tadi..
Keesokannya, pagi Sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk
sarapan pagi...suami pun pergilah beli dengan modal Rm5.00 dan surat
khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak
suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si
suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak
anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..
Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga
Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila
ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur
anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata, "bang
baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer
Rm15.00 hingget"
...Suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama sama..tetapi
dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar lalu
minta singgah di kedai makan untuk makan malam...Sang ayah kesiankan
dengan rengekan anak, singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan
membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam
dapat gaji ialah Rm188.50.
Keesokannya hari Ahad...isteri suruh pergi kedai pagi pagi untuk belikan
santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan
pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk
suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnya pula beri
pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar
nafkah kepada isteri tercinta...
Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji
hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan
di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang
samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung
minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..
suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dengan sinis "kalau
ajak balik.kampung saya jer takder duit...kalau ajak balik kampung saya
jer abang kata takde duit...mana pergi duit gaji abang selama
ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abang ada pompuan lain
ke??" Terpinga pinga suami. Nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan
yang sebenar nanti disalahkan balik.
http://depalma-sp.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan