Jumaat, 5 September 2014

Pengajaran Cinta Untuk Anda Semua Dari Drama Rindu Awak 200%

 
Drama yang menjadi sebutan ramai, lakonan pelakon kacak Zul Ariffin dan Ayda Jebat baru saja berakhir. Penulis pasti, ramai yang mula rindu ternanti-natikan drama itu, kan?

Penulis pun sama. Tetapi tahukah kamu, ada banyak pengajaran dalam percintaan dan perhubungan yang boleh kamu pelajari dari drama keluaran TV3 tersebut? Kami kongsikan lima pengajaran yang boleh kamu pelajari dari drama bersiri Rindu Awak 200%.
 


1) Percaya kepada pasangan

Kunci utama dalam sesebuah perhubungan adalah kepercayaan. Tanpa kepercayaan, perhubungan takkan kemana. Walaupun ada yang mengatakan, simpan sedikit rasa ragu kamu. Namun jika kamu terlebih ragu dari percaya, adalah lebih baik kamu lepaskan saja si dia. Jangan sesakkan kepala kamu lagi.

2) Sentiasa bersedia untuk dengar sesuatu perkara dari pelbagai pihak & pelbagai sudut

Jika kamu mendapat tahu tentang sesuatu perkara, terutama perkara yang berbaur negatif, kamu haruslah memberi ruang kepada diri kamu untuk mendengar tentang sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut atau dari pelbagai pihak. Jangan dengar dari satu pihak saja, kerana kemungkinan besar apa yang dinyatakan berlainan dari perkara sebenar.

3) Cemburu berlebihan boleh menjadi racun dalam perhubungan

BsrMevUCMAAS3KM  
Cemburu itu tandanya sayang, ya betul. Tapi jika cemburu berlebihan, itu juga boleh menjadi perosak dalam perhubungan. Jika kamu percayakan pasangan kamu, tidak perlu wujudnya masalah cemburu. Kalau kamu cemburu sekalipun, adalah lebih baik kamu bersemuka dengan pasangan kamu daripada kamu mendiamkan diri atau melarikan diri dari masalah.

4) Keluarga dan sahabat-handai itu penting 

Walau setinggi mana pun, seindah mana pun percintaan kamu, dan kamu berjumpa dengan prince charming sekalipun, jangan sekali-kali lupakan keluarga dan sahabat handai yang telah lama berada di sisi kamu. Mereka inilah yang akan membantu kamu kelak kalau kamu merancang mahu berkahwin, kalau ada masalah dan sebagainya. Orang kata, dengar guruh di langit, air di tempayan jangan dicurahkan.

5) Tiada manusia yang 100% sempurna
 
Dalam drama ini, walapun watak Zul Ariffin tampak sempurna; kacak, berhati baik, sopan santun, ada isteri yang cantik; tapi jika kamu perhatikan sebenarnya dia sebenarnya seorang jejaka biasa, yang ada kelemahan dan ada masalah seperti orang lain juga. Jangan jadikan ketidaksempurnaan itu alasan untuk kamu tidak mahu menikmati hidup kamu sepenuhnya. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan dalam dunia ini, kan?
 http://www.rotikaya.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...