Norway dipisahkan dari sebahagian besar negara-negara dunia Islam oleh
benua yang sempurna, iaitu benua Eropah di bahagian selatan, dan di bahagian
timur dipisahkan juga oleh benua lain iaitu benua Asia. Norway terletak di hujung utara Eropah,
kurang lebih sama seperti negara-negara Skandinavia lainnya yang
terletak di tepi Lingkaran Arktik.
Puasa yang jatuh pada musim panas boleh berlangsung lebih dari 19 jam sehari. Namun, untuk negara yang dijuluki negeri Viking ini, waktu berpuasa di Norway adalah jauh lebih panjang iaitu 20-21 jam!. Maha suci Allah yang memperjalankannya!
Hal ini akan menjadi pengalaman dalam menjalani waktu puasa terpanjang.
Ini bermaksud, hampir sepanjang hari matahari akan tetap di langit
Norway dan dipastikan hanya sedikit sekali waktu antara berbuka puasa ,
Isyak, bertarawikh dan sahur.
Apabila aktiviti ibadah Ramadan di Norway dihuraikan, akan terlihat
jelas tentangan puasa di negeri Viking ini. Dari mulai waktu berbuka
puasa sampai waktu sahur semua jeda waktu terasa singkat, walaupun
demikian warga Muslim di Norway tetap melaksanakan aktiviti Ramadhan
seperti biasa dan masjid-masjid yang ada di Stavanger dan Sandnes
melaksanakan solat tarawih dengan 1 juzzzuk setiap 1 malam.
Bukan hanya tentangan rangkain waktu diatas yang terbilang singkat, pada
musim panas suhu udara juga naik menjadi sekitar 25-31 darjah Celcius
di siang hari. Hal ini mengakibatkan badan menjadi sangat kering
kerana suhu udara yang tidak lembab. Tentu saja waktu siang yang panjang
juga menjadi tantangan luar biasa untuk menunaikan ibadah puasa dengan
baik.
MasyaAllah!
sumber: http://www.atjehcyber.net menerusi billy info
Tiada ulasan:
Catat Ulasan