Jumaat, 10 Mei 2013

Bekas MB Kedah Azizan Selamat Jalani Pembedahan

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selamat menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya pada malam Khamis.

Menurut laporan portal HarakahDaily, pembedahan itu selesai pada pukul 11.30 malam.

Setiausaha Akhbar Azizan, Mohd Helmi Khalid yang dipetik sebagai berkata menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily memberitahu bahawa Azizan telah dimasukkan ke bilik pembedahan Hospital Pulau Pinang sekitar jam 6.30 petang Khamis.




“Sekitar jam 8.30 malam, kaki kanan beliau telah dipotong dan kaki kiri turut dipotong selepas itu, pembedahan selesai sekitar jam 11.30 malam,” jelas Helmi.

Azizan, 69, dipindahkan daripada hospital swasta di sini ke Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang Selasa selepas mengalami jangkitan virus yang serius di bahagian kakinya.

Azizan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pertembungan empat penjuru dengan calon Barisan Nasional, Mohd Fazillah Mohd Ali dan dua lagi calon Bebas, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim.

Azizan memperoleh 13,294 undi manakala Mohd Fazillah yang juga sepupunya mendapat 10,520 undi.
Sobri dan Abdullah masing-masing mendapat 100 dan 84 undi.
mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...